Wednesday, 26 July 2017

Perpindahan Paling Mahal, Mbappe sertai Real Madrid

MADRID: Real Madrid sudah mencapai persetujuan untuk menandatangani Kylian Mbappe daripada Monaco dengan rekod perpindahan dunia bernilai 180 juta Euro (RM900.5 juta).
Akhbar harian Sepanyol, Marca, yang memetik sumber menyatakan, penyerang remaja itu dijangka menyertai Real Madrid dalam tempoh beberapa hari lagi dengan kontrak selama enam tahun.
Bagaimanapun, akhbar Perancis, Le Parisien dan Nice Matin menjelaskan Monaco menafikan laporan itu.
Namun, Marca menegaskan, Real Madrid bersedia untuk membayar sekitar 160 juta Euro (RM800 juta) dan bonus tambahan sehingga 20 juta Euro (RM100 juta), sekali gus memecahkan rekod perpindahan yang dilakar oleh Manchester United ketika mendapatkan Paul Pogba pada nilai 105 juta Euro (RM525 juta).
Real Madrid sedang mencari pengganti untuk mengisi posisi yang ditinggalkan Alvaro Morata selepas penyerang itu menyertai juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea, Jumaat lalu.
Jika Mbappe menyertai juara Eropah itu, pemain berusia 18 tahun itu akan memperoleh gaji tahunan setinggi tujuh juta Euro (RM35 juta).
Mbappe yang masih memiliki kontrak bersama Monaco sehingga 2019 turut diintai beberapa pasukan ternama Eropah, termasuk seteru Monaco di Ligue 1, Paris Saint Germain. - AFP

Mati Kerana Capati Tak Bulat

New Delhi: Seorang wanita hamil mati dibunuh suaminya semata-mata berang kerana mangsa tidak dapat membuat roti capati yang berbentuk bulat.
Mangsa yang dikenali sebagai Simran, 22, dipercayai dicekik hingga mati oleh suaminya selepas bergaduh pada malam Sabtu lalu.
Mayat Simran yang hamil empat bulan ditemui terbaring di sebuah rumah pangsa di sini pada pagi Ahad lalu oleh abang mangsa.
Mati Kerana Capati Tak Bulat

Anak perempuan pasangan itu yang berusia empat tahun ditemui dikurung di dalam sebuah bilik manakala suami mangsa melarikan diri.
Kanak-kanak itu memberitahu polis, bapanya sering memarahi ibunya kerana wanita itu tidak dapat membuat capati berbentuk bulat.
“Ibu saya seorang yang pandai memasak tetapi bentuk capati yang dibuatnya sering menimbulkan kemarahan bapa saya,” katanya.
Menurutnya, dalam kejadian itu, bapanya berang selepas dihidangkan capati yang tidak berbentuk bulat dan terus menendang perut ibunya.
“Saya cuba membantu ibu tetapi bapa mengheret saya masuk ke dalam bilik dan mengunci dari luar,” ceritanya.
Polis memberitahu, siasatan awal mendapati mangsa mati selepas leher dijerut dengan tali.
“Polis kini memburu suami mangsa dan suspek berdepan dakwaan membunuh,” katanya.

Thursday, 20 July 2017

Alvaro Morata Sertai Chelsea

Chelsea bersedia untuk memecahkan rekod perpindahan dengan Real Madrid telah bersetuju untuk lepaskan Alvaro Morata.

Dalam satu kenyataan di laman web mereka pada Rabu malam, Chelsea mengesahkan laporan eksklusif Telegraph Sport bahawa perjanjian dengan Real Madrid untuk mengambil Morata ke Stamford Bridge talah selesai dilakukan dengan menunggu perbincangan peribadi sekarang untuk dibincangkan dengan Morata dan Ujian kesihatan.


Alvaro Morata Sertai Chelsea
Adalah dipercayai Chelsea akan membayar sekitar £ 70 juta untuk mendarat Morata, yang muncul sebagai pilihan utama kelab setelah kehilangan Romelu Lukaku ke Manchester United.

Itu akan menetapkan pemindahan rekod kelab baru untuk Chelsea, yang saat ini bayaran keluar tertinggi adalah £ 50 juta yang mereka bayar untuk Fernando Torres pada tahun 2011.

Chelsea telah meninggalkan pilihan mereka berikutan kegagalan mereka mendarat Lukaku dan mengadakan perbincangan dengan beberapa kelab dan ejen mengenai Morata, Andrea Belotti dan Pierre-Emerick Aubameyang.

Tetapi Juara Liga Premier  berjaya membuat rundingan dengan Real untuk dapatkan Morata pada hari Rabu dan berharap dapat menyelesaikan kesepakatan dengan cepat.


Morata bersama Real untuk lawatan jelajah mereka di Amerika Syarikat, dan kini mendapat pelepasaan dari siri jelajah untuk membincangkan perjanjian peribadi dengan Chelsea dan menjalani ujian perubatan di London.



Pemain berusia 24 tahun itu berminat dengan prospek bekerja dengan Conte di Chelsea sejak Blues cuba menandatangani nya musim panas lalu.

Morata menjaringkan 15 gol La Liga untuk Real musim lalu, tetapi mahu beralih menjadi penyerang nombor satu setelah bertindak sebagai pemain belakang Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale.

Dia telah bersetuju untuk menyertai United, tetapi mereka telah menyambar Lukaku yang juga menarik perhatian Chelsea meninggalkan Morata.

Ketibaan Morata akan disambut oleh beberapa ahli skuad Chelsea, yang telah bimbang dengan situasi yang tidak menentu itu.

Chelsea mengumumkan bahawa ketua jurulatih Conte telah diberi ganjaran untuk musim pertama yang baik dengan kenaikan gaji, yang menggariskan beliau akan mengetuai musim baru.

Tetapi ketiadaan sebarang perlnjutan kontrak bermakna tiada jaminan jangka panjang terhadap masa depan Conte, yang telah mendorong spekulasi di kalangan pemain bahawa dia mungkin hanya bertanggungjawab untuk 12 bulan lagi.

Terdapat juga kekecewaan bahawa Chelsea meninggalkan lawatan pra-musim mereka ke China dan Singapura tanpa sebarang tanda baru dalam skuad dan Diego Costa dan Nemanja Matic ditinggalkan.

Pertahanan Antonio Rudiger dapat bertemu dengan skuad Chelsea di Singapura setelah cutinya, tetapi pemain tengah, Tiemoue Bakayoko akan melanjutkan  rawatan pemulihannya dari kecederaan.


Adakah Danilo juga akan sertai Chelsea?

Sumber daddydee

Bekerja Dari Rumah


10 Tip Kejayaan Bekerja dari Rumah

1. Menyediakan tempat kerja khas yang selesa
Perkara ini penting, jika boleh perlu cukup semuanya. Ada komputer, ada printer dan beberapa keperluan asas. tidaklah perlu terlalu luas, cukup jika anda selesa.
Pastikanlah tempat yang anda sediakan tu mempunyai maje yang selesa untuk anda mulakan kerja. Tempatkan semua benda yang berkaitan kerja je. Kalau boleh buatlah dalam bilik khas yang kurang gangguan bising. INGAT..anda perlu bekerja walaupun di rumah bukan berbaring dan menharapkan duit masuk.

2. Bekerja mengikut waktu.
Jangan anda rasa anda bekerja kat rumah dan anda boleh sesuka hati bila nak mulakan kerja. kalau boleh buatlah macam pergi kerja biasa tu. masuk waktu kerja. Masuk jam 9 dan keluar jam 5. Ingat anda perlu bekerja, walaupun di rumah. Kalau boleh hantarlah anak-anak ke rumah pengasuh, disiplinlah diri, jangan asik nak ke pasar je. mana kerja nak menjadi dan nak siap.
3. Hubungan dengan kerja secara berterusan
Anda cuma bekerja dari rumah, jadi pastikan anda membuka email anda secara berkala. Jaga hubungan dengan pelanggan atau bos anda.
4. Ambil masa rehat
Untuk anda memastikan momentum yang berterusan anda perlu mengambil waktu rehat. contohnya ambil lah waktu makan tengah hari setiap hari. Bila anda mengambil masa rehat yang teratur kualiti kerja yang anda hasilkan pasti lebih hebat.
5. Jangan dibersihkan.
Itu sebabnya saya minta anda menyediakan tempat yang sesuai dan selesa untuk anda buat kerja. kadang-kadang anda tak lah perlu bersihkan setiap hari, anda perlukan mod untuk bekerja. biarkan bersepah...
6. Disiplin
Kalau nak buat perjumpaan , cuba buat waktu rehat atau makan tengah hari. jangan asik nak jumpa orang tak ikut waktu. Anda perlu bekerja kuat ya.
7. Tinggalkan rumah sehari dalam seminggu
tip ni memang pelik sikit, dah setiap hari anda duduk rumah, tidur pun kat rumah, makan pun kat rumah, kerja pun kat rumah. jadi tentu anda akan BOSAN. saya syorkan untuk anda pilih lah satu hari dalam seminggu untuk keluar dari rumah. Anda akan rasakan kelainannya.

8. Buat kerja secara rutin
1. Bangan tidur, 
2. Bersihkan diri, mandi dan bersiap. jangan tak gosok gigi terus buat kerja.
3. Buat sarapan
4. Masuk tempat kerja
5. Buat panggilan pelanggan
6. Tengah hari pergi makan tengah hari dan jumpa kekawan
7. Balik jam 2 buat kerja balik
8. jam 5 berhenti kerja dan siapkan kerja jangan bertangguh
9. list kerja apa nak dibuat esoknya
10. ulang langkah pertama.
9. Buat kerja anda.
Jangan pula , metang-metang anda kerja dari rumah anda volunteer buat kerja yang tak perlu anda buat sebagai contoh anda terima anak jiran untuk letak rumah anda. ini betul...kerja-kerja yang selalu orang lain buat jangan pulak anda yang buat. faham kan yang ni.
10.Stay professional
Walaupun anda kerja dari rumah ..ingat anda perlu bertanggungjawab seperti anda bekerja di office.
Sebenarnya banyak lagi nak tulis dan nak beri tip nya. saya selalu ingat mak pesan " beri pada mereka yang meminta dan memerlukan dan jangan minta pada mereka yang tak mahu memberi ". sebab tu saya minta banyak like.

share lah secara percuma supaya ramai orang boleh dapat manfaatnya. tiru dan copy lah sesuka hati yang boleh sebab saya tahu mudah-mudahan ianya menjadi saham bagi saya.
saya tahu ...buat baik bukan tentu dapat pahala. tapi mak pesan " bersabar dan teruskan ".
#coachbahar
Sumber: CoachBahar / Takaful4u

Monday, 17 July 2017

Seronok Berebut Koca Ikan

Jempol: Aktiviti ‘mengoca’ atau menangkap ikan secara beramai-ramai amat dinantikan penduduk di negeri ini dan seolah-olah satu kemestian oleh masyarakat setempat terutama selepas musim menuai padi.
Ia bukan saja popular dalam kalangan penduduk setempat, malah kini turut diketahui masyarakat luar yang menantikan aktiviti itu diadakan untuk bersama-sama merasai kemeriahannya.
Aktiviti mengoca di sungai FELCRA Ayer Hitam, di sini, kelmarin, bagaikan pesta apabila lebih 200 orang datang membawa bersama pelbagai peralatan dengan harapan mendapat tangkapan besar.
Pesta yang diadakan sempena program ‘Apa Khabar FELCRA’ ternyata mendapat sambutan luar dugaan.
Mohd Ramli Saidi, 19, dari Kemayan, Pahang sanggup menempuh perjalanan sejauh 35 kilometer dari rumah ke kampung itu bagi menyertai aktiviti itu buat kali pertama.
Menurutnya, dia yang datang bersama seorang lagi rakan terpegun apabila melihat orang ramai menangkap ikan menggunakan tangan dan peralatan asas seperti tangguk.

“Gelagat lincah ikan melompat dalam sungai berkenaan membuatkan ramai pengunjung tidak dapat menahan geram lantas terjun ke sungai untuk bersama menangkap ikan.
“Saya seronok apabila dapat berkubang beramai-ramai untuk mencari ikan di dalam sungai cetek. Risau juga pada awalnya sebab tidak biasa, namun ternyata pengalaman menarik,” katanya yang hanya mendapat seekor ikan sembilang.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Belia FELCRA Ayer Hitam Mohd Yusof Fauzi Ahmad Labib berkata, ratusan ikan tilapia, sembilang dan puyu dilepaskan ke dalam sungai berkenaan bagi menjayakan aktiviti itu.
“Suatu ketika dulu ia antara aktiviti masa lapang penduduk dan disertai pelbagai peringkat usia. Bagaimanapun, ia semakin jarang ditemui kerana ikan berkurangan.
“Menerusi program ini, secara tidak langsung kita dapat mempromosikan semula aktiviti mengoca dan membolehkan orang ramai terutama yang tinggal di bandar mengetahui keistimewaannya,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya merancang menganjurkan pesta itu pada masa depan kerana mendapat permintaan bukan saja penduduk kampung tetapi orang ramai.
Program itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui Mohd Razi Mohd Ali dan Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Tengah Ahmad Salleh

Sumber Hmetro

Wednesday, 12 July 2017

5 Perkara Yang Tak Patut Dilakukan Selepas Bersama

Bagi pasangan suami isteri bersama adalah sebahagian dari aktiviti mereka, tapi sedarkah kita walaupun sering bersama atau melakukan seks masih ramai yang melakukan kesilapan ini selepas bersama atau seks.

5 Perkara Yang Tak Patut Dilakukan Selepas Bersama @ Hubungan Seks

1. Terus Tidur

Ya, melakukan hubungan seks memang penat sebenarnya. Nampak simple dan mudah tapi banyak kalori dibakar dan tenaga digunakan sebenarnya. 

Walaupun penat, bukan alasan untuk terus tidur selepas seks dan biarkan pasangan anda tergapai-gapai kesorangan.

2. Terus Ke Bilik Air

Ada juga yang terus ke bilik air untuk mandi, gosok gigi atau kemaskan diri. Hurm... Bukanlah sesuatu yang tak boleh sebab mahu bersihkan diri. Tapi lebih molek kiranya bersama luangkan masa untuk berbual dengan pasangan anda dikatil.

5 Perkara Yang Tak Patut Dilakukan Selepas Bersama

3. Main Handphone

Ini ramai yang buat. Tahulah handphone korang canggih manggih. Tapi tak payah lah. Letaklah tepi dulu handphone tu. Abaikan la Facebook ke, IG ke, Whatapps ke, COC ke. Temankan pasangan dulu. Apa perasaan korang kalau partner korang main handphone dan abaikan korang lepas seks?

4. Menonton TV

Walaupun ada cerita kartun Dragonball z yang korang suka kat TV tu. Abaikan dulu TV tu. Sama juga cam Handphone tadi. Spent time together beb.

5. Sibuk Tanya Pasal Performance

Tak payah lah sibuk nak tanya 'power tak saya', walaupun kau dah main dekat 5 jam kesan sapu Gambir Emas ke Gambir Sarawak ke makan ma'ajun Tongkat Ali ke. Tak payah beb. 

Rileks je, lepak dan layan partner kau.

Kalau dia nak puji dia akan puji performance kau. Tak perlu tanya pun


Friday, 7 July 2017

Cara Menggantikan MCB Di Rumah

Saya bukan orang elektrik dan memang takut dengan elektrik. Walaupun ada pengalaman bekerja dengan 132kV dan 235kV tapi itu bukan satu pengalaman yang memberi kekuatan pada saya untuk bermain dengan elektrik. Berpengalaman dalam projek transmission line dan dalam bidang maintanance sekarang ini bermain dengan Low Voltage untuk tukar MCB (Miniature Circuit Breaker) di rumah memang saya agak takut.

Rupa MCB - sumber google.com
Rupa MCB – sumber google.com

Saya memang tidak pernah tahu cara menggantikan MCB di rumah. Tapi dek kerana tidak tahan plug top dan extension kabel bahagian dapur yang selalu saja terbakar dan menyebabkan trip satu rumah, saya bertanyakan pada seorang kawan yang orang elektrik. Beliau mencadangkan saya meniaktaraf MCB di rumah saya dari 20amp kepada 32amp.
Hasil dari sedikit tunjuk ajar secara teori yang diberikan di pejabat oleh kawan saya tentang cara menggantikan MCB. Saya cuba memberanikan diri unutk menggantikan MCB, mulanya saya dapatkan MCB di kedai hardware berdekatan. Harga MCB 32amp saya dapatkan dalam harga RM7.00 untuk satu unit. Saya beli untuk 4 unit MCB.

Cara Menggantikan MCB Di Rumah

1. Matikan semua perkakasan elektrik di rumah terlebih dahulu. Jangan matikan di main switch untuk elakkan barangan elektrik rosak. Selepas semua pekakasan dimatikan baru matikan di main switch.

Rupa MCB sebelum dibogelkan
Rupa MCB sebelum dibogelkan

2. Bukakan skru penutup dan tanggalkan penutup MCB. Sekarang boleh lihat kabel-kabel berseliratan.

Rupa yang selepas dibogelkan
Rupa yang selepas dibogelkan

3. Longgarkan skru pengikat basbar pada bahagian bawah MCB. Untuk tanggalkan basbar, kesemua skru setiap unit MCB mesti dilonggarkan. Kemudian keluarkan basbar.

Rupa basbar MCB
Rupa basbar MCB
Rupa Basbar yang melekat pada MCB
Rupa Basbar yang melekat pada MCB. Basbas yang berwarna coklat tembaga.

4. Longgarkan skru kabel pada bahagian atas MCB dan tanggalkan MCB tersebut. Untuk tanggalkan MCB, kita perlu menarik klip keselamatan pada bahagian bawah MCB.
5. Selepas tanggalkan MCB lama dan masukkan MCB baru yang ingin dinaiktaraf atau digantikan.
6. Ketatkan kabel pada bahagian atas dan pasangkan klip keselamatan dengan kemas agar MCB tidak terjatuh dan kemas.

Pastikan kabel benar benar ketat
Pastikan kabel benar benar ketat

7. Selepas semua MCB yang ingin digantikan selasai diganti, pasangkan semula basbar dan ketatkan kembali basbar dan pasangkan semula penutup.
8. Hidupkan kembali semua switch dan boleh hidupan kembali semua pekakasan elektrik dirumah kita.
Berapa lama masa diambil untuk gantikan MCB? Tak lama pun sebenarnya. Dalam 30 minit boleh siapkan semua kerja jika tiada masalah.
Sedikit lagi tips tambahan yang saya ingin kongsikan berkaitan dengan MCB ini adalah:
  • Pastikan basbar adalah seperti gambar iaitu kepiangan cooper diatas bukannya loop menggunakan kabel. Kerana terdapat juga kes yang mana basbar menggunakan kabel, ini adalah bahaya.
  • Kabel tidak diketatkan. Selepas selesai saya menggantikan MCB di rumah saya dapati rumah saya tiada elektrik selepas diperiksa rupanya terdapat kabel yang tercabut. Kabel ini tidak diketatkan oleh pemaju asal. Selama 5 tahun rumah ini didiami dengan kabel MCB tidak diketatkan. Nasib baik tiada apa yang berlaku. Keadaan sebegini boleh menyebabkan litar pintas dan kebakaran.
  • Pastikan kabel tidak bersentuh satu sama lain.
Selamat mencuba…