Tuesday, 23 January 2018

Kasut ke Playstation ni?

Paul George adalah pemain Basket Ball Professional untuk pasukan Oklahoma Thunder City. Peminat NBA pasti mengenali beliau yang pernah dianugerahkan 4 kali NBA All Star, 3 kali All-NBA Third Team dan NBA All-Defensive Team.
Paul George
Paul George
Paul yang merupakan seorang gamers tegar Playstation 4. Semuanya bermula apabila ayahnya menghadiahkan Playstation 2 semasa krismas. Perkenalan itu membuatkan Paul menjadi seorang gamers tegar.
Untuk kolabrasi kasut keluaran Nike ini, Paul bekerjasama dengan designer dari Nike dan Playstation untuk menghasilkan PG-2 Playstation Colourway. Mengambil inspirasi dari controller DualShock 4 PlayStation, kalau dilihat pada kasut ini ada simbol X, O, Button power dan lain-lain.

PG-2 PLAYSTATION COLOURWAY

Lawa kan kasut ni?
Kasut ni akan berada di pasaran pada 10 Februari 2018. Buat pengumpul dan peminat game consol, kasut ni memang khas untuk kalian.
Sumber ddd

Memo Pad Yang Unik... Mana Mau Cari Ni?

Sambungan Dari Memo Pad Yang Kreatif, rupanya ada beberapa design yang menarik.


Thursday, 18 January 2018

Kasut Terbaru Dari Adidas

Dragon Ball z semamangnya salah satu komik besar yang banyak mempengaruhi diri aku, dan ramai lagi orang dalam dunia. Siapa tak kenal dengan watak-watak seperti Goku, Gohan, Vegeta dan Majin Buu?

Dragon Ball Z

Adidas yang banyak mengeluarkan koleksi kolabrasi bersama beberapa nama besar kali ini mengumumkan kolabrasi Adidas x Dragon Ball z.
7 rekabentuk kasut telah diumumkan mengikut tema watak dalam anime Dragon Ball z.
Jom lihat senarai penuh koleksi Adidas x Dragon Ball z:


7 karekter yang terlibat adalah Goku, Frieza, Shenlong, Buu, Vegeta, Gohan dan Cell.

Vegeta
Vegeta

Memo Pad Yang Kreatif

mana ada jual memopad macam ni tolong bagi tau?

Nampak biasa kan? kejap...
Cuba tengok ni...



Lawa kan?

Drummer game Arked yang hampir sempurna



Korang tengok brader ni main gendang. Power beb.

Tuesday, 16 January 2018

Tiada Alasan Untuk Cergas Dan Menarik

'Tiada Alasan'  itulah motto yang dilaungkan oleh Maria Kang, ibu kepada 3 anak berusia antara 6-8 tahun.


Satu foto pada tahun 2015 telah tular dan menjadi kontroversi, gambar itu menunjukkan Maria dengan 3 anak nya pada masa tu berusia 8 bulan hingga 3 tahun, dengan caption 'What's Your Excuse'.

Ramai yag memberi alasan tiada masa untuk bersenam dan sibuk dengan anak menyebabkan mereka tidak fokus pada penampilan diri. Ada juga beralasan kesibukan menjaga anak menyebabkan mereka lupa dalam pengurusan diri.


Tengok saja di Malaysia, berapa ramai ibu-ibu mengalami masalah berat badan selepas melahirkan anak? Ramai bukan.

Pada 2017, Maria Kang sekali lagi mengambil smeula foto seperti 2015 bersama dengan anaknya yang berusia 6-8 tahun, dengan caption 'What's Your Reason?'.

Maria yang komited dan dedikasi dalam menjaga kesihatan, tampak kekal menarik seperti 3 tahun lepas.

Maria Bersama anaknya

Maria sekarang bersama group 'No Excuse Mom'



Thursday, 11 January 2018

Model Terbaru G-Shock

Satu model baru G-Shock Rangemen telah diumumkan pada satu Majlis Ulangtahun ke-35 tahun G-Shock di New York baru-baru ini.
[caption id="" align="aligncenter" width="517"]Model G-Shock Rangemen Merecik Model G-Shock Rangemen Merecik[/caption]
Dua model telah diumumkan iaitu GPR-B1000-1 (hitam) and GPR-B1000-1B (khaki), kalau dibandingkan dua model ini memang jauh lari dari model asal G-Shock Rangement GW-9400 iaitu salah satu model dalam kelas Master G yang popular.
Model baru ini adalah dijana kuasa tenaga solar (bateri yang di cas semula menggunakan solar) dengan fungsi Sensor Triple (alti / barometer, kompas, termometer), fungsi GPS Navigator dengan paparan peta serta sambungan Bluetooth. Jam ini dilengkapkan dengan paparan LCD suhu rendah (-20 ° C), sapphire crystal, jalur serat karbon untuk mempertingkatkan ketahanannya. Ia juga lengkap dengan water resistant hingga 200m dan tahan lumpur serta habuk.

Movie best 2017

2017 dah melabuhkan tirainya. Dan 2018, langkah baru akan mulakan dengan rentak baru. Sejarah hanya untuk dikenang dan dihargai bukan untuk hidup di dalamnya, yang terjadi 2017 aku jadikan sejarah. Tinggalkan ia, banyak pelajaran hidup yang aku dapat.
[caption id="" align="aligncenter" width="536"]Movie Terbaik 2017 Movie Terbaik 2017[/caption]
2017 memang mengajar aku erti hidup sebenarnya. Tahun yang  banyak memberi makna dalam hidup aku dan juga turning point bagi aku.
Berbalik pada tajuk, hari ini aku akan senaraikan 10 movie terbaik 2017, yang aku tonton dan pada pandangan aku.

10 Movie Terbaik 2017

10. Dunkirk - Bagi peminat filem perang ini memang filem buat korang. Filem ni memang terbaik, mengisahkan bagaimana sepasukan tentera Perancis, Belgium, Kanada dan Inggeris melepaskan diri dari kepungan tentera Jerman dalam Perang Dunia Kedua.
[caption id="" align="aligncenter" width="488"]Dunkirk Dunkirk[/caption]
9. Kong Skull Island - Filem Kong ni boleh kata dah banyak dah rasanya. Dalam filem ini para pengkaji menmui sesuatu yang menari di Skull Island, jadi mereka ingin menerokai nya. Kong yang merupakan pelindung Skull Island cuba melindungi pulaunya dari dicerobohi. Filem ini agak menarik kerana banyak aksi-aksi yang agak memeranjatkan. Nanti repeat tengok lagi.
[caption id="" align="aligncenter" width="524"]Kong Kong[/caption]

Thursday, 4 January 2018

Jumanji best

Bila sebut Jumanji aku teringat zaman tonton guna VHF. Memang best filem Jumanji akibat satu board mainan nama Jumanji, kelam kabut satu bandar akibat keluarnya pelbagai binatang menyerang bandar.
[caption id="" align="aligncenter" width="537"]Jumanji Menghiburkan Jumanji Menghiburkan[/caption]
Memang banyak aksi kelakar untuk filem Jumanji tahun 1995 lakonan mantap Robbie William.

Jumanji Sangat Menghiburkan

2017, Filem Jumanji ditayangkan dengan elemen yang baru iaitu Jumanji Welcome To The Jungle. Dan filem ni pergi menonton sebab permintaan buah hati saya. Kikiki.
Masih mengekal konsep yang sama iaitu game, kalau dulu game board sekarang game board sudah tukar jadi game consol (versi katrij).
Kalau yang dulu versi binatang keluar ke bandar, kali ini player masuk kedalam games. Apa yang perlu mereka lakukan adalah habiskan game Jumanji atau mereka akan tersadai dalam Jumanji sampai habis life mereka. Nyawa pun sama cam game Contra dulu-dulu, ada tiga nyawa saja untuk survive dalam games ni.

Kenapa Jumanji ni menghiburkan? Ini point point aku:
  • Lakonan mantap The Rock, Kevin Hart dan Jack Black. Memang jadikan lawak yang segar. Karen Gillen pun boleh tahan juga dan mantap. Hahahaha...
  • Dalam setiap games setiap avatar ada kuasa dan kelemahan. Sama juga game jumanji ni. Tapi paling aku tak boleh blah adalah makan kek meletup. 
  • Dari dunia sebenar keempat-emat watak ni tak rapat pun, tapii dalam Jumanji mereka terpaksa bekerja sama sebab memerlukan satu sama lain. Kelima lima avatar ini perlu bekerjasama.
  • Jalan cerita memang tak meleret, dua jam rasa sekejap je.
Aku pun tak tahu nak cakap apa, yang penting korang pergilah tengok sediri filem Jumanji ni. Memang puas hati. Tengok dengan anak-anak pun layan.

Sumber Jumanji best

Wednesday, 3 January 2018

Filem Justice League Membosankan

Kali ini berkesempatan untuk menonton Justice League dengan wife dan anak-anak. Ikutkan kehendak abang Haiqal yang sibuk nak sangat tengok movie Justice League.

Movie Justice League Membosankan… Mengecewakan

Movie Justice League sekali lagi diarahkan oleh Zack Snyder, pengarah yang sama dengan Batman Vs Superman. Dulu ramai cakap movie BVS terlalu dark, tapi bagi aku BVS adalah antara movie Batman yang best.
Untuk Justice League, aku rasa movie ni agak meleret dan membosankan.
Plot Movie Justice League
Selepas kematian Superman, Batman mula rasa bersalah dengan apa yang berlaku, dan yakin akan lebih banyak alien akan menyerang bumi. Dia yakin yang dia tak mampu nak hadapi semua ini bersendirian.
Justice League Membosankan
Justice League Membosankan
Kemunculan makluk yang mampu mengesan rasa ketakutan dan akan makan manusia yang takut menyebabkan Bruce khuatir akan ada serangan alien lagi. Dia bersama Diana telah berusaha mengumpulkan Flash, Aquaman dan Cyborg untuk sertai mereka.
Layan Budak Dua Orang Ni Nak Tengok JL
Layan Budak Dua Orang Ni Nak Tengok JL
Steppenwolf pernah menyerang bumi tapi ditentang hebat oleh manusia, Amazon, Atlantis dan Green Lantern. Steppenwolf telah kalah dan melarikan diri. 3 mother box milik Steppenwolf telah disimpan oleh manusia, Amazon dan Atlantis.
Kini, Steppenwolf kembali untuk menakluk bumi. Steppenwolf mula menyerang Amozon untuk mendapatkan salah satu mother box, diikuti dengan Atlantis.
Untuk melawan Steppenwolf, Batman tahu mereka tidak cukup kuat untuk melawan. Dan mereka memerlukan Superman untuk membantu mereka. Mereka sepakat untuk menghidupkan Superman walaupun tahu kemungkinan mereka akan kehilangan mother box terakhir dan akan memberikan peluang Steppenwolf mendapat kuasa yang dikehendaki.
JL cuba mempertahankan bumi dengan menggunakan kekuatan yang mereka ada.
Kenapa Filem Justice League membosankan?
  • Pengenalan wataknya agak meleret bagi aku. Sebelum ini belum ada movie tentang Aquaman dan Cyborg, jadi kewujudan dua watak ni agak mengelirukan. Kalau Flash dah ada banyak movie/siries sebelum ni so tak lah heran dengan kewujudan Flash ni. Jika dibandingkan cara pendekatan Marvel lebih baik dengan solo movie masing masing baru ada Avengers, jadi pengenalan asal usul watak lebih clear. Kecuali Black Panter yang muncul dalam Civil War sebelum solo movie dan juga Spiderman.
  • Filem ni pun agak meleret plot dia. Kalau direct aksi rasanya lagi best. Rasanya BVS better than JL. Kalau compare BVS dengan JL, JL dia punya momentum agak slow, tengah syok layan aksi lawan tetiba slow down.
  • Sesekali lawak dari Erza Miller aka Barry Allen aka Flash saja yang membuatkan wayang bingit dengan gelak tawa. Dalam banyak watak JL, Flash paling menonjol rasanya.
  • Green Lantern tiada dalam JL? Kalau ikut flashback, GL antara yang melawan Stephenwolf bersama dengan bangsa manusia, amazon dan atlantis. Jadi kemungkinan GL akan muncul dalam filem JL seterusnya.
  • Aksi Aquaman yang agak kurang. Aku agak menunggu untuk lihat kuasa yang ada pada Aquaman tapi dalam JL kuasa dia agak kurang ditonjolkan. Hurmm… Kena tunggu solo movie.
  • Batman tak power? Ben antara pelakon Batman yang best bagi aku. ‘What is you power? I’m Rich’. Ini paling win dan sarcastic. Batman adalah manusia biasa tiada power tapi dalam JL yang dia tonjolkan adalah dia punya ‘Leadership’… Waiting for Batman solo movie.
  • Superman is back. No black superman.
  • Wonder women… Yes, she’s damn hot.
  • Cyborg… Super Human Computer.
Kalau ikutkan siri animasi dan komik, rasanya banyak lagi watak dalam Justice League ni. Tak tahulah setakat mana DC akan kumpulkan watak dalam JL ni.
Dan berapa banyak dunia akan difilemkan?
Sumber: daddydee