Tips Untuk Lelaki
Bacaan Untuk Kaum Adam. Tips dan Nasihat
Monday, 21 May 2018
Friday, 20 April 2018
Nak jadi Jurutera di Malaysia? Baca ni...
Jurutera adalah salah satu pekerjaan professional dalam bidang kejuruteraan yang mengaplikasikan teknologi dan sains untuk membangunkan sesuatu. Jurutera biasanya terlibat dalam membangunkan aplikasi, sistem, mesin, bangunan dan lain lain yang mengambil kira faktor keselamatan dan kos.

Terdapat beberapa pecahan dalam bidang kejuruteraan iaitu Mekanikal, Elektrikal, Kimia dan Awam. Setiap bidang ini mempunyai pengkhususan masing-masing, skop pekerjaan juga berbeza.
Syarat Menjadi Jurutera Di Malaysia
Jurutera di Malaysia adalah tertakluk kepada Akta Pendaftaran Jurutera 1967. Board Of Engineer Malaysia (BEM) bertanggungjawab dalam penyelenggaraan pendaftaran Jurutera Siswazah dan Jurutera Professional. BEM juga penentu serta pengawal tata kelakuan dan kesusilaan bagi mereka yang terlibat di dalam bidang kejuruteraan di Malaysia.
A Graduate Engineer is a person registered under Section 10(1) of the Registration of Engineers Act 1967 (Revised 2015).e.”
Syarat untuk mendaftar sebagai Jurutera Siswazah adalah:
- Mempunyai ijazah dalam Kejuruteraan di Malaysia (boleh semak disini)
- Mempunyai ijazah dalam Kejuruteraan dari Luar Negara. Yang diiktiraf oleh Washington Accord (WA)
- Lepasan dari Kejuruteraan Teknologi
Semua yang diatas perlu mendaaftarkan diri dengan BEM untuk melayakkan mereka untuk praktis Kejuruteraan di Malaysia. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian atau pun secara manual.
Penalti:
Section 24(a) of the Registration of Engineers Act 1967 (Revised 2015): “Any person, sole proprietorship, partnership or body corporate who procures or attempts to procure registration or a certificate of registration under this Act by knowingly making or producing or causing to be made or produced any false or fraudulent declaration, certificate, application or representation whether in writing or otherwise, shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit, or to imprisonment for a term not exceeding three years, or to both.”.
Jadi buat yang sudah jadi graduan kejuruteraan, cepatlah mendaftar sebagai Jurutera Siswazah. Dan dah boleh mula merancang untuk ke arah Jurutera Professional selepas itu.
Sumber jurutera.my
Tuesday, 17 April 2018
The Founder Movie Yang Sangat Sesuai Untuk Usahawan
Semalam sempat menonton filem The Founder. Filem ni memang dah lama ada dalam koleksi tapi tak sempat nak tonton. Semalam sempat tengok di Astro.
Bagi para usahawan atau yang baru nak jadi usahawan filem ini adalah wajib tonton.
Filem mengisahkan berkenaan sejarah penubuhan McDonald’s. Pada awalnya McDonald’s adalah sebuah restoren keluarga diasaskan adik beradik Mac dan Dick di sebuah pekan kecil. Ray Kroc kebetulan lalu dan singgah tertarik dengan konsep McDonald’s.
Sedang Ray asyik memerhati cara kerja di dalam McDonald’s, Mack telah mengajak Ray untuk melihat secara lebih dekat operasi McDonald’s. Peluang yang ditunggu tidak ditunggu oleh Ray.
Ray pada awalnya datang mengemukakan pelbagai rancangan pada Mac dan Dick tapi ditolak mentah mentah. Termasuk cadangan membuka lebih banyak cawangan dengan alasan cawangan gagal menjaga kualiti mereka menutup cawangan francais yang dibuka.
Ray seorang yang bercita-cita tinggi, tetap berkeras untuk membuka McDonald’s dengan konsep Francais. Ray telah mengambil keputusan membuka sebuah restoren di kawasan beliau. Ray mendapat persetujuan untuk memegang lesen francais tapi segala keputusan operasi dan menu tetap milik Mac and Dick.
Ray pada mulanya mengajak kawan-kawan yang kaya untuk sertainya. Tapi mereka ini hanya pentingkan keuntungan langsung tidak campur dalam operasi kedai menyebabkan konsep yang dibuka pada awalnya gagal.
Tidak putus asa, Ray mencari golongan pertengahan yang bercita-cita tinggi untuk sama berjaya bersama beliau. Dalam keghairahan membuka lebih banyak caawangan tanpa sedar Ray telah termasuk dalam masalah hutang yang serius.
Kemudian datang seorang pegawai hartanah untuk membantu Ray yang datang dengan konsep McDonald’s sebagai hartanah bukan restoren semata-mata.
Dari sebuah francais biasa, yang mengaut keuntungan melalui percent jualan setiap restoren, sehingga bertukar kepada Hartanah. Setiap restoren baru dibuka perlu menyewa dari McDonald’s. Maknanya dari bekalan barang, SOP dan hingga ke kepada kedai adalah milik McDonald’s.
Ray yang asal orang luar, merampas usaha Mac dan Dick selama 30 tahun.
Filem ini bukan filem aksi tapi lebih pada sejarah perkembangan McDonald’s tapi banyak yang boleh dipelajari dari filem ini.
Friday, 16 March 2018
Turun 4kg Dalam Masa 2 Minggu Ini Yang Aku Amalkan…
Dulu aku rasakan memang sukar untuk turun berat badan. Selera makan aku pun memang lain macam beb. Pantang jumpa yang sedap aku akan sapu habis. Hahahaha…

Dulu aku aktif dalam gym, hari-hari angkat besi dumbell dan lakukan rutin. Berat badan aku berkembang dari 82kg ke 88kg. Tapi otot aku makin padat dan staminat agak ok.
TURUN 4KG DALAM MASA 2 MINGGU INI YANG AKU AMALKAN…
Sejak akhir bulan Januari 2018 aku kembali aktif ke gym, kali ini bukan gym besi aku pilih muay thai gym. Aku sertai keluarga Pejuang Muay Thai di Senawang, Negeri Sembilan.
Alhamdulillah, sepanjang sebulan aku aktif di gelanggang Muay Thai nampak perubahan dari segi stamina aku, walaupun otot tidak padat tapi stamina jauh lebih bagus dari dulu.
Wednesday, 7 March 2018
Subscribe to:
Comments (Atom)




















