Friday, 20 April 2018

Nak jadi Jurutera di Malaysia? Baca ni...

Jurutera adalah salah satu pekerjaan professional dalam bidang kejuruteraan yang mengaplikasikan teknologi dan sains untuk membangunkan sesuatu. Jurutera biasanya terlibat dalam membangunkan aplikasi, sistem, mesin, bangunan dan lain lain yang mengambil kira faktor keselamatan dan kos.
Jurutera Di Malaysia
Terdapat beberapa pecahan dalam bidang kejuruteraan iaitu Mekanikal, Elektrikal, Kimia dan Awam. Setiap bidang ini mempunyai pengkhususan masing-masing, skop pekerjaan juga berbeza.

Syarat Menjadi Jurutera Di Malaysia

Jurutera di Malaysia adalah tertakluk kepada Akta Pendaftaran Jurutera 1967. Board Of Engineer Malaysia (BEM) bertanggungjawab dalam penyelenggaraan pendaftaran Jurutera Siswazah dan Jurutera Professional. BEM juga penentu serta pengawal tata kelakuan dan kesusilaan bagi mereka yang terlibat di dalam bidang kejuruteraan di Malaysia.
A Graduate Engineer is a person registered under Section 10(1) of the Registration of Engineers Act 1967 (Revised 2015).e.”
 Syarat untuk mendaftar sebagai Jurutera Siswazah adalah:
  • Mempunyai ijazah dalam Kejuruteraan di Malaysia (boleh semak disini)
  • Mempunyai ijazah dalam Kejuruteraan dari Luar Negara. Yang diiktiraf oleh Washington Accord (WA)
  • Lepasan dari Kejuruteraan Teknologi
Semua yang diatas perlu mendaaftarkan diri dengan BEM untuk melayakkan mereka untuk praktis Kejuruteraan di Malaysia. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian atau pun secara manual.
Penalti:
Section 24(a) of the Registration of Engineers Act 1967 (Revised 2015): “Any person, sole proprietorship, partnership or body corporate who procures or attempts to procure registration or a certificate of registration under this Act by knowingly making or producing or causing to be made or produced any false or fraudulent declaration, certificate, application or representation whether in writing or otherwise, shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit, or to imprisonment for a term not exceeding three years, or to both.”.
Jadi buat yang sudah jadi graduan kejuruteraan, cepatlah mendaftar sebagai Jurutera Siswazah. Dan dah boleh mula merancang untuk ke arah Jurutera Professional selepas itu.
Sumber jurutera.my

No comments:

Post a Comment