Wednesday, 11 January 2017

5 sebab kenapa orang bujang perlukan takaful


Ramai orang bujang merasakan mereka tidak perlukan takaful diri sebab mereka menyatakan mereka tiada komitmen, tiada tanggungan yang mereka pikul. Jadi buat apa nak ambil perlindungan Takaful RM 1 juta. Kan?
Betul juga pandangan pelanggan ni. Dah bujang buat apa nak polisi kan. Tak perlu lah. Duduk sebatang kara ja pun.
NO! NO! NO! Mitos ini adalah salah sama sekali. Semua orang perlukan polisi Takaful tak kira bujang ke berkahwin, kanak-kanak atau dewasa. Semua perlukan polisi takaful.
Pasal orang kahwin kita tak nak cerita, tapi hari ini saya nak sentuh pasal orang bujang macam saya (saya bujang tiga ya… Harap faham… Not avalaible… kikiki…).

5 SEBAB ORANG BUJANG PERLU ADA TAKAFUL DIRI

1. Polisi Takaful Lebih Murah Pada Usia Muda – Lagi muda umur lagi murah harga polisi. Jadi biasanya orang bujang memang muda lagi kan? Jadi memiliki polisi pada usia yang muda adalah langkah bijak.
Tunggu dan tunggu selepas kahwin, selepas ada anak, usia semakin meningkat dan harga yang perlu di bayar untuk polisi takaful pun semakin meningkat.
2. Berpandangan Jauh – Orang bujang yang memiliki polisi Takaful adalah oran gyang berpandangan jauh yang mana dia telah siap menyediakan dana sekiranya terjadi sebarang tragedi kepada diri mereka kelak.
Orang begini biasanya mempunyai perancangan yang lengkap untuk masa depan mereka.
3. Bertanggung Jawab Pada Keluarga –  Walaupun kita bujang, kita tetap ada ibu bapa dan keluarga. Dan sekiranya apa apa terjadi pada diri kita, waris kita ibu bapa atau keluarga terdekat tetap mendapat manafaat.
Kalau tak mahu hibah pada keluarga boleh juga sedekahkan kepada memana tempat yang kita rasakan sesuai.
4. Kelihatan Lebih Cool – Ya lelaki bujang yang memiliki polisi Takaful lebih cool di depan bakal isteri dan mertua. Ya maklumlah lelaki bujang di depan mereka adalah seorang yang berpandangan jauh.
Sudah siapkan wang kecemasan untuk anak mereka jika apa-apa terjadi. Bakal mertua dan bakal isteri/suami mana yang akan marah kalau bakal menantu dan bakal suami/isteri ada polisi Takaful Keluarga RM1 juta?
5. Ketika Masih Sihat – Tidak kira bujang atau berkahwin tetapi selagi masih sihat. Ketika takaful masih suka berkawan dengan kita, masa itulah kita kena cepat cepat rebut peluang untuk memiliki polisi takaful
(Sumber: Takaful4u.com)

No comments:

Post a Comment