Tuesday, 11 April 2017

Dia main pintu pula



Melaka: Pegawai dan anggota Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) mengadakan tinjauan ke Balai Polis Banda Hilir, di sini, semalam, susulan tular video dua pintu masuk ke bangunan itu terbuka sendiri hingga mendapat perhatian netizen.
Ketua Penolong Pengarah Bahagian Penguatkuasaan JAIM Rahimin Bani berkata, hasil tinjauan sejam pihaknya tidak menolak kemungkinan kejadian pintu bergerak itu disebabkan gangguan makhlus halus.
Beliau berkata, umat Islam harus percaya tiada perkara mustahil boleh berlaku selain kewujudan jin di dunia ini termasuklah golongan jin Ifrit yang mampu menjelma sebagai manusia dan mengangkat sesuatu benda seperti dimaksudkan dalam surah An-Naml, ayat ke-39.
“Menerusi pemerhatian di Balai Polis Banda Hilir, hari ini (semalam), saya tidak tolak kemungkinan besar insiden dua pintu masuk terbuka sendiri yang heboh di media sosial berpunca gangguan makhluk halus.
“Malah, kalau dilihat pada sejarahnya pun sudah cukup meyakinkan mengenai kewujudannya (makhluk halus) di sini, apatah lagi kedudukannya berdepan penjara lama,” katanya.
Rahimin mencadangkan lebih banyak program berbentuk kerohanian dan keagamaan dianjurkan di balai polis itu bagi mengelakkan kejadian sama berulang.
Jelasnya, program seumpama itu penting bagi melancarkan tugas anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Balai Polis Banda Hilir.
Metro Ahad melaporkan, rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di Balai Polis Banda Hilir menjadi tular selepas dua pintu masuk terbuka sendiri.

8 Sebab Kenapa Ramai Usahawan Tumbang

Assalamulaikum Dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku...
Alhamdulilah, hari ni dapat berbual bersama seorang hebat. Seorang yang banyak jatuh bangun dalam dunia peniagaan. Walaupun hanya berbual hanya seketika tapi ada beberapa perkara yang boleh saya kongsikan disini.
Kenapa Ramai Usahawan Kita Tumbang
Perbualan mula nya adalah tentang ramainya usahawan muda yang bersemangat untuk memulakan bisnes, tapi kenapa ramai usahawan yang tumbang di separuh jalan. Walaupun usahawan bukan bidang yang saya mahir tapi minat mendorong saya merapat dengan ramai usahawan usahawan hebat. Dan banyak ilmu yang saya dapat ari mereka.
Dari perbualan selama 30 minit itu ini antara yang dapat saya senaraikan.

8 Sebab Kenapa Ramai Usahawan Tumbang

  • Tiada asas yang kukuh - untuk menjadi usahawan yang berjaya kita perlu ada asas yang kuat iaitu ilmu dan pengalaman. Ada juga usahawan yang tanpa pengalaman dalam bidang tersebut mampu untuk berjaya tapi lebih ramai yang kecundang.
  • Guru Yang Baik - sebaiknya carilah guru atau mentor untuk bimbing kita. Jangan malu untuk berguru dan duduk dalam bilik kuliah. Biar apa yang orang mahu kata yang penting kejayaan milik kita nanti.
  • Mudah Putus Asa - bila bertanya pada usahawan yang berjaya gagal adalah sebahagian dari hidup mereka. Mereka hadapi semua halangan itu dengan tekad yang kuat. Mereka bangkit semula melawan
  • Tidak Fokus - terlalu ghairah mengejar perlbagai peluang menyebabkan ramai yang hilang fokus dan berakhir dengan kegagalan.
  • Bermula Terlalu Besar - yang terbaik untuk melangkah dalam bidang usahawan ini adalah bermula dengan apa yang ada. Elakkan meminjam untuk mulakan perniagaan, ramai yang berimpian besar mulakan dengan modal besar menyebabkan mereka menanggung hutang yang tinggi.
  • Terlalu bergantung - ada juga usahawan yang berharap pada talian hayat. Apabila talian hayat tersebut tiada mereka akan mula hilang punca.
  • Tiada Networking - dalam dunia pekerjaan atau perniagaan hari ini, networking adalah elemen yang terpenting. Networking akan membuka jalan-jalan baru dalam perniagaan kita kelak.
  • Ego Yang Tinggi - buangkan ego dalam diri. Biar ikut resam padi makin tunduk makin berisi. Ego tidak akan membawa kita kemana hanya akan memenjara kita.
Bangkit
Bangkit
Ini adalah antara point-point yang sempat dikongsikan dalam sesi ngeteh selama 30 minit tadi. Semoga ianya bermanafaat.

Thursday, 6 April 2017

MATBULAT MEATBALL SEDAP DAN BERBALOI

Assalamulaikum dan Salam Inspirasi Buat Semua Saudaraku...
Dah lama tak menulis pasal makanan. Hihihi. Bukan tak menulis pasal makanan maknanya saya tak makan. Makan tetap kena makan untuk hidup. Tapi lama tak menulis pasal makanan walhal banyak tempat makan best yang saya telah terjah di Negeri Sembilan ni. Insyallah lepas ini akan cuba tulis satu entri pasal makanan setiap minggu. Yummy.
Bila sebut saja meatball, pasti ramai yang teringatkan IKEA. Yup, meatball IKEA memang famous dan ramai yang ke IKEA untuk makan meatball. Saya pernah dua kali cuba tak salah tapi lama dulu tahun 2012 saya kira di IKEA Damansara.
Tapi hari ni saya bukan nak cerita Meatball IKEA tapi MatBulat Meatball. Bukan dalam mall mewah tapi di tepi jalan saja.

MATBULAT MEATBALL SEDAP DAN BERBALOI

'Sedap la meatball ni. Lagi sedap dari IKEA punya. Padat. Sayang Sarawak belum ada' Itu kata-kata sahabat saya dari Sarawak ketika saya bawa dia makan MatBulat Meatball.
Meatball yang Sedap
Meatball yang Sedap
Mula-mula ajak dia makan meatball dia memang gembira sebab ingat saya ajak ke IKEA tapi saya ajak dia ke tepi jalan saja. Jalan Pantai Murni (Lokasi Matbulat Meatball Pantai Dalam), gerai MatBulat Meatball di sana.
Matbulat Meatball ni memang keluaran bumiputera, dan isi daging nya memang padat. Yang penting dagingnya tidak kejong, lembut je bila dimakan. Paling sedap bila dimakan panas-panas.
Meatball panas yang lembut tambah pula dengan gravy sos yang sedap dan panas memang kena sangat. Mash potato pun ada, dan mash potato ni lagi sedap dari KFC punya tau. Lemak berkrim.
Dari segi harga seperti di bawah ni:
  • Ocobot (5 biji meatball + 1 scope mashpotato) - RM 5.90
  • Dragonball (7 biji meatball + 1 scope mashpotato + Roti) - RM9.90
  • Quater Kilo (10 biji mebatll  + 1 scope mashpotato + Roti) - RM 11.90
Senarai Harga Meatball
Senarai Harga Meatball
Murah je kan? Yang penting sedap dan berbaloi dimakan. Saya makan yang 5 biji pun dah kenyang.
Kalau nak pergi ke MatBulat Meatball Pantai Dalam datang pada Sabtu dan Ahad dari jam 3.00 petang - 10.30 malam.
Jom makan meatball sedap.
(Sumber: daddydee)