Tuesday, 13 June 2017

Agen Takaful Penipu

Ya tiga mahkluk yang tak boleh dipercayai kecuali kau dah kenal lama diaorang ni.

1. Agen insurans
2. Broker jual kereta
3. MLM - termasuk AC Mizal.

Itu hari kawan aku di Melaka, Amelia tulis di facebook, pasal kena tipu dengan agen insurans. 
Aku tak tahu sama ada aku nak gelakkan dia atau nak simpati. 
Aku nak gelak sebab agen insurans ni memang ramai yang nampak duit kita jek. 
Aku simpati sebab Amelia ni ada kedai nasi beriyani Haji Thamby sangat sedap di Padang Temu Melaka. Haha. Sedap dowh. 
Pertama kali aku pergi sana, masa shooting Bersamamu, dijamu sampai nak pecah perut aku.

Setahun kau !!!! Amelia dapat tahu bila Customer Service company insurans tu call diaorang dan beritahu, polisi mereka anak beranak dah lapse setahun! Mahu tak seriau jantung! Eh jantung seriau eh?


Aku terus letakkan komen kat status FB Amelia ni. M
asa aku tulis komen aku, perasaan meluap luap seperti air rebus telur. Blurp blurp blurp. 

The wonderful family di Padang Temu Melaka. Percaya tak, aku kenal mereka dari blog longkang ni

Aku sempat telefon Amelia dan suaminya yang sangat baik - Nazli. (Ya, Amelia, kau pun baik. hahaha.. tapi mulut kekadang macam longkang macam aku. hahahahaha).

Bila aku berbual dengan mereka ni, aku rasa agen insurans tu sangat bernasib baik sebab mereka ni bukanlah jenis macam aku. Aku dah cadangkan pada mereka suruh pegi buat report polis, pastu hantarkan salinan pada Bank Negara. 
Setakat yang aku tahu, Bank Negara sangat sangat efektif kalau kita complaint kat diaorang. 
Industri insurans adalah di bawah bidang kuasa Bank Negara. 
Aku pun siap siap call kekawan kat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, nak mintak tolong apa yang patut sebab ini kes tipu. 

Tetapi, Amelia dan Nazli buat keputusan untuk tidak membuat laporan polis.

Yang bestnya, selepas Amelia dan suami dah tahu kelentong kelapa parut agen insurans tu, boleh pulak mamat tu datang kononnya nak kutip monthly payment untuk policy mereka anak beranak.

Amelia dan suami dapat tahu dua hari sebelum mamat tu datang ke kedai mereka di Padang Temu Melaka.

Dengan gaya memandu Mercedez, ya, mamat tu bawak Mercedez, dan penuh yakin, dia datang jumpa Amelia dan Nazli. 
Agak agak apa berlaku?

1. Kena ikat dan dilumur dengan minyak masak kemudian diletakkan kerengge.
2. Kena hempuk dengan periuk belanga
3. Kena baling dengan senduk

Kalau aku, aku pilih tiga tiga tu. Hahaha. 
Tapi Amelia dan Nazli orangnya sangat bersabar. 
Duduk, sound mamat tu slow slow. 
Boleh tak, mamat tu tak ngaku, dan masih nak kelentong kata kat Nazli yang duit mereka tu semua masuk satu tabung lain. Kepala ***** tabung kau. Hahahahah. Tak, mereka tak cakap macam tu. 

Tapi aku rasa macam nak marah Amelia dengan Nazli sebab tak ajak aku masa mamat tu datang. 
Kalau aku ada, mesti aku dah ketuk kepala mamat tu. 
Tulah kan, nasib baiklah kau mat.

Lastly, mamat tu selepas ditunjukkan segala dokumen yang polisi mereka dah lapse, barulah nak ngaku dan berjanji akan pulangkan duit mereka. 
Tapi entah, aku sendiri tak yakin yang mamat tu akan pulangkan. 
Kalau dia pulangkan, entah entah duit yang dia dapat tu dari penipuan dia pada orang lain pulak.

Ini ayat aku pada Amelia dan Nazli: "kita ni selalu pikir nak tolong orang Melayu, tapi selalunya orang Melayu lah selalu lupa diri, lupa langit dan bumi," pedas kan.

Last sekali, memandangkan aku sendiri pernah mengalami pengalaman hampir sama dengan agen insurans Melayu dari Etiqa, aku sendiri dah cakap pada semua kekawan aku, jangan percaya pada agen insurans Melayu sebab mereka ni semua kaki kapur. 
Dan kalau kau agen insurans, jangan marah eh sebab itulah hakikatnya.

Sebelum diaorang dapat duit kita, bukan main elok jek mulut diaorang. 
Lebih manis dari cara kita mengayat perempuan. Lebih manis dari durian Segamat. 
Bila dah dapat, telefon pun tak berjawab.

Sejak 2001, aku masih lagi lekat pada ING Insurance. Dan agen aku bernama Andy Low. 
Bagus mamat ni. Dua tiga kali aku masuk hospital, dia dah macam girlfriend aku dok call tanya khabar aku. 
Kan best macam tu. Sekarang pun dah ada agensi sendiri. Aku anak beranak amik insurans dengan dia. 

Kalau kau nak, aku boleh rekomenkan. Janji tak kena kapur.


Sumber sini.

Friday, 9 June 2017

Bodohkah Mereka?

Maaf aku pohon terlebih dahulu sekiranya entri yang aku tulis ini menyinggung perasaan sesetengah pihak.
  •   ‘Kau bodoh. Sia-sia je aku ajar kau.’ 
  • ‘Buat lah apa yang kau suka. Dasar bodoh berkali aku ajar sama saja’ 
  •   ‘Orang bodoh cam kau ni memang tak guna’
Ini adalah antara templak yang pernah digunakan oleh cikgu-cikgu sekolah aku dahulu. Memang niat mereka murni, nak mengajar pelajar supaya menjadi pelajar yang hebat atau pelajar terbaik.

Aku tak paham bila ada sesetengah cikgu yang suka mengherdik pelajarnya menggunkan perkataan ‘BODOH’. Ye mungkin pelajar itu pelajar yang corot, pelajar tercicir atau pelajar dari kelas bawah. 

Kerana perkataan ‘BODOH’ adalah pembunuh semangat pelajar. Membunuh jiwa pelajar untuk belajar dan ubah diri mereka. Mungkin ada sesetengah pelajar yang akan ambil itu sebagai suatu cabaran dalam hidup dia dan membuktikan pada dunia yang dia tidak BODOH.

 Tapi ada juga sesetengah pelajar yang akan terus MATI dan tenggelam. Dimana mereka akan mengangap diri mereka BODOH. Dan tiada guna mereka belajar pun kerana mereka tidak dipandang pun. Mereka akan tetap di anggap BODOH.

Aku juga tak paham dengan sesetengah guru yang pilih bulu hanya memberi penekanan kepada pelajar di kelas atas. Mereka akan mengajar bersungguh-sungguh pelajar kelas atas bagi mendapatkan sebanyak mungkin gred A.

Dan akan mengajar pelajar kelas bawah dengan sambil lewa sahaja. Malah ada sesetengah tu langsung tidak masuk pun untuk mengajar. Dengan alasan ‘MELENTUR BULUH BIAR DARI REBUNG’, kalau dah buluh camne nak betuk lagi.

Ingat ‘KATA-KATA ADALAH SUATU DOA’. Terutama yang diucapkan oleh ibu bapa dan guru.

Janganlah BUNUH jiwa pelajar. Biarkan mereka berlajar dan terus belajar. Kesilapan adalah pelajaran terbaik. Didiklah mereka sebaiknya, gunakan kepakaran psikologi. Kerana kita tidak tahu masa depan kita. Mungkin juga mereka yang kita kata BODOH itu adalah pemimpin hebat di masa depan.

Ingat pepatah Melayu ada berkata ‘Belakang Parang Lagi Diasah Tajam Akhirnya’. 

Semua manusia tidak bodoh. Setiap manusia ada kelebihannya yang tersendiri dan berbeza. Perbezaan ini lah akan mewujudkan satu dunia saling memerlukan antara satu sama lain.

Heykawan : Aku menulis berdasarkan pengalaman aku belajar di sekolah dulu. Mungkin sekarang hal ini tidak lagi terjadi. Dan itulah yang aku harapkan. Aku tidak mahu generasi sekarang lalui apa yang aku lalui.

Wednesday, 7 June 2017

Seni Bela Diri : kebaikan dan keburukan?


 Seni Silat Gayong Malaysia. 

Seni bela diri adalah seni mempertahankan diri adalah pergerakan tubuh badan pada tahap optimum untuk mempertahankan diri. Memaksimumkan pergerakkan badan.


 Capoeira berasal dari Brazil. 
Sumber: google.com



Seni bela diri banyak kebaikannya, selain dari mendapat ilmu bagi mempertahankan diri apabila dalam kecemasan atau keadaan yang terancam. Seni bela diri boleh mendapatkan tubuh badan yang sihat. Seni bela diri juga adalah sejenis senaman.

 Judo mementingkan teknik balingan dan jatuhkan lawan. 
Sumber: google.com

Bagi aku juga seni bela diri juga dapat mendisiplinkan diri kita. Kerana dalam latihan seni bela ketepatan masa dalam sesuatu pergerakan dan keseragaman. Lagi pun bila dah masa kita sibuk dengan aktiviti berpesatuan kita pasti tiada masa lagi ngan buat aktiviti yang tidak berfaedah cam penagihan dadah dan masalah sosial lain.
Muay Thai dari Thailand. 
sumber : google.com
Selain itu seni bela diri boleh juga jadi punca pendapatan tambahan. Caranya adalah dengan mengajar kelas seni bela diri dan juga dengan masuk pertandingan pertandingan.

Keburukan nya pula bagi aku adalah sekira nya ilmu seni bela diri itu disalah gunakan. Bila seni bela diri digunakan untuk aktiviti samseng dan lain-lain.  

Bagi aku, walaupun ada senapang atau pistol pun, seni bela diri adalah tetap penting. Dalam dunia yang penuh mencabar ini, bermacam dugaan yang akan kita hadapi, sekurangnya dapat kita pertahankan diri. Menyelamatkan nyawa dari ancaman nyawa.
Karate. Sumber google.com
Baik silat, taekwando, karate, muay thai, judo, capoeira, mahupun kung fu semuanya sama sahaja. Basic dan tujuan adalah sama untuk memepertahankan diri dengan pergerakan badan yang optimum.

Singkirkan lah pendapat bahawa seni bela diri adalah ganas. Kerana ianya baik untuk badan.


Nota: Teringin untuk aktif kembali dalam seni bela diri yang dah bertahun ku tinggalkan.

Monday, 5 June 2017

Nilai Sebuah Perkahwinan

Dimanakah letaknya nilai sebuah perkahwinan??

Adakah nilai hantaran yang tinggi itu adalah nilai sebuah perkahwinan. Kalau dilihat dari trend hantaran kahwin sekarang rata-rata adalah plus minus 10k. Tapi ramai yang letak 10k. 10k leh kata satu nilai yang biasa baik di bandar mahupun luar bandar. 
 Gambar hiasan. Sumber google.com


Ada juga pasangan pengantin yang suka pilih nombor cantik contoh 8,888.88 atau 7,878.00 atau 11,111.11 dan lain-lain lagi. Ye la kahwin sekali je seumur hidup jadi mereka pilih lah nombor yang menarik bagi suatu kenangan yang terindah.

Ada juga ibu bapa yang meletakkan nilai hantaran mengikut tinggi nya pelajaran anak-anak mereka. Releven kah?? Sebagai contoh Diploma nilai hantaran 10k, Degree nilai hantaran 15k, Master nilai hantaran 20k dan kalau PHD nilai hantaran 30k. (Ini contoh sahaja.) Sebab ini ada terjadi dan pernah aku dengar, ibubapa letak hantaran yang tinggi sebab tinggi education anak mereka. Kalian pernah dengar??

Namun ada juga aku pernah dengar ibu bapa letakkan 20k sebagai nilai hantaran untuk anaknya yang lepasan SPM sahaja. Dan kerja di shopping complex. Bila ada orang tanya kenapa letak tinggi? Katanya anaknya menjadi rebutan orang ramai kerana cantik. Kalau tak mahu ramai lagi lelaki yang sanggup. Mungkin mereka ada sebab mereka sendiri?? Kalau dah sayang lelaki sanggup buat, sanggup tak korang???


Atau adakah nilai sebuah perkahwinan adalah terletak pada betapa besarnya majlis perkahwinan yang dia adakan. Adakah begitu?? Ada orang sanggup berbelanja tinggi bagi mengadakan sebuah majlis perkahwinan yang gilang-gemlilang. Mungkin di hotel lima bintang, tepi tasik atau menaikki cruise dan sebagainya.

Bagi aku tiada bezanya majlis perkahwinan dibuat dibawah flat dengan yang dibuat dihotel lima bintang. Tapi bagi aku baik lagi bawah flat tempat tinggal. Kerana niat asal majlis perkahwinan adalah untuk memberi tahu orang kampung bahawa pasangan ini telah sah menjadi suami isteri. Ini bagi mengelakkan fitnah di kedian hari.



Pada pandangan aku, semua yang di atas bukan nilai sebuah perkahwinan, tetapi nilai sebuah perkahwinan terletak pada kebahagian rumah tangga yang dibina. Kebahgiaan rumah tangga yang kekal adalah tunjang keharmonian rumah tangga. Kalua gaduh sikit-sikit tu biasa lah. Novel pun tak happy selalu, pasti ada sedih dan duka mencelah di antara bahagia. Tapi itu tidak bermakna tiada kebahgiaan di situ.

Untuk mencapai kebahgiaan pastinya sifat tolak ansur, saling menghormati, saling memahami dan tolenransi memainkan peranan penting. Semoga setiap masjid yang di bina akan selamanya di sinari sinar kebahgiaan dan keimanan. Sekian.



Heykawan : Lagikan lidah tergigit, inikan pula suami isteri.

Friday, 2 June 2017

Pilih kerja kerajaan atau swasta?

Konfliks dalam memilih haluan kerja. Aku rasa ramai yang menghadapi menda camni. Aku pun menghadapi situasi seperti ini. Nak memilih antara kerja kerajaan atau swasta. Aku dua-dua penah aku lalui dan pandangan aku dua-dua ada pro and con dia. 


Ini adalah pandangan peribadi aku:

Kerja Kerajaan 
  • Gaji tetiap bulan konfirm tepat pada masanya.
  • Kalau tetap, mudah nak tambah hutang kat bank.
  • Ada masa rileks, ada masa sibuk dan ada masa leh hoye-hoye.
  • Boleh berkira kerja, lengahkan kerja (biasa yang dah tetap suka buat).
  • Rasa lebih selamat.
  • Kos rawatan untuk hospital kerajaan dan klinik kerajaan percuma untuk seisi keluarga.
  • Bonus tengok pada ekonomi dan pemimpin.

Kerja Swasta
  • Kalau gaji lewat masuk tu biasa lah. (Bukan semua kompeni)
  • Claim lambat dapat. (Bukan semua kompeni.)
  • Banyak masa kena kerah, ada masa rileks dan beruntung kalo leh hoye-hoye.
  • Boleh juga berkira kerja. Kalau bos suruh tak nak buat, boleh jugak berlagak cam kompeni sendiri. Tapi sedia lah kalau terima surat "You're fired".
  • Kalau kena marah tu biasa lah tu. (Semua orang buat silap)
  • Sedia untuk kena kerah dan kena perah.
  • Kos rawatan ada yang kompeni tanggung, ada yang tanggung sendiri dan ada yang separuh-separuh.
  • Bonus tengok pada kompeni. Kalau ada untung dan bos happy banyak la bonus.



Kalau nak list kan aku rasa memang terlalu banyak. Dan tak terkira. Memang banyak lagi benefit lain. Dua-dua pun banyak kebaikan nya. Memana pun tak apa, untuk yang fresh grad nasihat aku tak payah nak pilih-pilih, grab je peluang yang datang dan pilih yang mana korang rasa selesa. Ikut kata hati kamu jangan ikutkan rentak orang lain. Yang penting, Timbalah pengalaman sebanyak mungkin untuk memajukan diri kita. Usah terlalu mengharapkan kebaikan dan benefit sangat, bila pengalaman dah luas makin luas minda kita terbuka. Dan makin banyak peluang yang datang.

Bagi aku usah nak pikir kerja swasta atau kerajaan, yang penting kita berkerjaya dan berkerja dengan ikhlas hati bagi memperoleh hasil yang halal.

Seboleh nya, berkerja sebolehnya bersesuaian dengan minat kita dan yang membolehkan kita berasa gembira dan enjoy. Bukan nya bekerja dalam keterpaksaan.

Thursday, 1 June 2017

mISTERI hANTU Kopek

Hantu kopek (tetek). Puaka yang sangat suke menculik mangsa dan menyembunyikannya mangsa di alam ghaib. Orang tua selalu menakutkan bebudak kampung ngan ceritera hantu kopek nie. Hantu ni sangat la misteri.

Di kampung, hantu kopek amat lah glamer mengalahkan Ct Nurhaliza lagi. Seb baik hantu kopek ni tak menyanyi cam Ct. Kalo tak, memang tak cari makan la Ct. heheheh

Ada yang pernah bersua muka ngan hantu kopek nie cakap hantu kopek ni mempunyai kopek yang sangat besar. Cup-cup tok sah cakap. Kompom xmuat. Pasal ada yang cakap kopek dia sebesar peti ais.


*************************

Misteri hantu kopek turut di takuti di sebuah sekolah berasrama di kampung tersebut. Ini berikutan misteri kehilangan seorang pelajar sekolah tersebut yang 'fly wihtout wing' secara berkumpulan. Namun beliau sangat bertuah kerana dia telah disorok oleh hantu kopek. Mangsa hanya ditemui 2hari kemudian dekat dengan tangki air asrama.

Untuk 'fly', para pen'fly' kena melalui longkang besar. Kerna itu lah jalan yang paling selamat dalam sejarah yang pernah direncanakan oleh para senior asrama itu sejak turun-temurun. Laluan 'fly' tue memang gelap sebab tue la selamat dari pandangan warden. Kawasan tue jugak agak bersemak.



Pada suatu malam bulan purnama penuh, 5 sahabat merencana untuk 'fly' untuk membeli bekalan rokok, jajan, daun terup dan tidak lupa 'char keuy teow' untuk santapan malam itu. 5 sahabat tue adalah Din, Mie, Jue, Lie dan Bob.

Din memang otai bab checking line nie. Superb bab check lain. Bob plak adalah banker. Bapak dia orang kaya. Duit Bob memang mewah, xpercaya tengok la perut Bob, memang besar beb. So dia orang penting kerna duit beliau. Mie, Jue dan Lie cam biasa. Pak semak je.

Rancangan 'fly' mereka rencana kan berjalan lancar pada jam 9.30 malam time bebudak lain still dok prep. Bekalan rokok Dunhill dan Surya da di beli. Char Keow Teow yang dipesan bebudak jugak telah dibeli. Kacang ngan ying, super ring, twisties dan daun terup juga telah dibeli.

Sampai je dekat longkang besar tue. Lie mula rasa seram sejuk.

'Wei, aku rasa semacam je' cakap Lie.

Mie dan Jue muka da pucat takut. Diorang memang penakut.

'Cepat la masuk' cakap Din sambil melompat longkang besar tue. Din mengepalai.

'Xde ape la. Korang ni takut sangat la.' sound Bob sambil makan Twisties.

Lie, Mie dan Jue xpedulikan Bob. Terus masuk ke dalam. Dan terus menyelinap masuk ke asrama. Pagar memang berlubang. Disediakan oleh para senior untuk kemudah para pen'fly'.
Diorang terus berjalan tanpa pedulikan bob.

Titiba.....

'Tolong....Tolong....Tolong' terdengar sayup suara meminta tolong.

'Cam suara Bob. Jom cari dia' sound Din.


Mereka cari Bob tapi tidak jumpe. Kelibat Bob langsung x di temui. Selipar yang di pakai Bob jugak hilang.

Jam sudah pukul 11 malam. Dari jauh kedengaran bunyi moto C70 milik cikgu Zul, warden asrama mendekati. Lelaju diorang suma blah dari situ. Balik ke dorm. Selamatkan diri dari ditangkap cikgu Zul yang ganas cam hitler tue.

Sampai di dorm suma pakat tanya pasal Bob. Tinggal misteri. Jam 12malam kelibat Bob masih tidak nampak.

Gempar seluruh asrama lelaki Bob di sorok hantu Kopek. Hebah seluruh asrama. Ade yang mula tido beramai-ramai takut hantu Kopek mengganas malam tue.

Tepat pukul 2.00 pagi. Seluruh dorm da bergelap. Pasal pukul 12 malam da kena light off kecuali bilik study je. Suatu bau aneh mula menusuk hidung penghuni dorm. Suatu lembaga yang bersusuk besar kelihatan menuju ke dorm C. Pintu dorm C dibuka lembaga terbabit. Kuakkk....Bunyi pintu asrama buruk.


'Bob' tetiba Din bersuara.

'Wei. Camne kau leh lepas dari hantu Kopek, Bob?' tanya Mie yang bermulut celupar tue.

'Hantu Kopek???Apakah' rengus Bob pelik.

'Tadi aku jatuh longkang. La ngek. Korang memang mangkuk aku mintak tolong haram sekor pun x datang tolong. Ni abes baju aku kena air longkang. Pastu cikgu Zul ngan pak gaurd datang lepak kat situ lama. Aku dok la nyorok dalam pembentung tue. Da lama sangat aku tetido dalam tue. Bukan kena sorok ngan hantu Kopek. Sial.' cite Bob panjang lebar.


Suma yang sedari tadi ketakutan dengan hantu Kopek da mula hilang bila dengar cite BOb. Nak tergelak tapi xsampai hati. Hanya gelak dalam perut je la.

Sejak ari tue Bob da serik 'fly'. Dia just bagi arahan dan bagi duit. Yang penting makanan dia sampai. Bob memang hantu, Hantu Makan. Tue yang badan cam anak jin.




PSPHantu kopek = hantu tetek