Tuesday, 13 June 2017

Agen Takaful Penipu

Ya tiga mahkluk yang tak boleh dipercayai kecuali kau dah kenal lama diaorang ni.

1. Agen insurans
2. Broker jual kereta
3. MLM - termasuk AC Mizal.

Itu hari kawan aku di Melaka, Amelia tulis di facebook, pasal kena tipu dengan agen insurans. 
Aku tak tahu sama ada aku nak gelakkan dia atau nak simpati. 
Aku nak gelak sebab agen insurans ni memang ramai yang nampak duit kita jek. 
Aku simpati sebab Amelia ni ada kedai nasi beriyani Haji Thamby sangat sedap di Padang Temu Melaka. Haha. Sedap dowh. 
Pertama kali aku pergi sana, masa shooting Bersamamu, dijamu sampai nak pecah perut aku.

Setahun kau !!!! Amelia dapat tahu bila Customer Service company insurans tu call diaorang dan beritahu, polisi mereka anak beranak dah lapse setahun! Mahu tak seriau jantung! Eh jantung seriau eh?


Aku terus letakkan komen kat status FB Amelia ni. M
asa aku tulis komen aku, perasaan meluap luap seperti air rebus telur. Blurp blurp blurp. 

The wonderful family di Padang Temu Melaka. Percaya tak, aku kenal mereka dari blog longkang ni

Aku sempat telefon Amelia dan suaminya yang sangat baik - Nazli. (Ya, Amelia, kau pun baik. hahaha.. tapi mulut kekadang macam longkang macam aku. hahahahaha).

Bila aku berbual dengan mereka ni, aku rasa agen insurans tu sangat bernasib baik sebab mereka ni bukanlah jenis macam aku. Aku dah cadangkan pada mereka suruh pegi buat report polis, pastu hantarkan salinan pada Bank Negara. 
Setakat yang aku tahu, Bank Negara sangat sangat efektif kalau kita complaint kat diaorang. 
Industri insurans adalah di bawah bidang kuasa Bank Negara. 
Aku pun siap siap call kekawan kat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, nak mintak tolong apa yang patut sebab ini kes tipu. 

Tetapi, Amelia dan Nazli buat keputusan untuk tidak membuat laporan polis.

Yang bestnya, selepas Amelia dan suami dah tahu kelentong kelapa parut agen insurans tu, boleh pulak mamat tu datang kononnya nak kutip monthly payment untuk policy mereka anak beranak.

Amelia dan suami dapat tahu dua hari sebelum mamat tu datang ke kedai mereka di Padang Temu Melaka.

Dengan gaya memandu Mercedez, ya, mamat tu bawak Mercedez, dan penuh yakin, dia datang jumpa Amelia dan Nazli. 
Agak agak apa berlaku?

1. Kena ikat dan dilumur dengan minyak masak kemudian diletakkan kerengge.
2. Kena hempuk dengan periuk belanga
3. Kena baling dengan senduk

Kalau aku, aku pilih tiga tiga tu. Hahaha. 
Tapi Amelia dan Nazli orangnya sangat bersabar. 
Duduk, sound mamat tu slow slow. 
Boleh tak, mamat tu tak ngaku, dan masih nak kelentong kata kat Nazli yang duit mereka tu semua masuk satu tabung lain. Kepala ***** tabung kau. Hahahahah. Tak, mereka tak cakap macam tu. 

Tapi aku rasa macam nak marah Amelia dengan Nazli sebab tak ajak aku masa mamat tu datang. 
Kalau aku ada, mesti aku dah ketuk kepala mamat tu. 
Tulah kan, nasib baiklah kau mat.

Lastly, mamat tu selepas ditunjukkan segala dokumen yang polisi mereka dah lapse, barulah nak ngaku dan berjanji akan pulangkan duit mereka. 
Tapi entah, aku sendiri tak yakin yang mamat tu akan pulangkan. 
Kalau dia pulangkan, entah entah duit yang dia dapat tu dari penipuan dia pada orang lain pulak.

Ini ayat aku pada Amelia dan Nazli: "kita ni selalu pikir nak tolong orang Melayu, tapi selalunya orang Melayu lah selalu lupa diri, lupa langit dan bumi," pedas kan.

Last sekali, memandangkan aku sendiri pernah mengalami pengalaman hampir sama dengan agen insurans Melayu dari Etiqa, aku sendiri dah cakap pada semua kekawan aku, jangan percaya pada agen insurans Melayu sebab mereka ni semua kaki kapur. 
Dan kalau kau agen insurans, jangan marah eh sebab itulah hakikatnya.

Sebelum diaorang dapat duit kita, bukan main elok jek mulut diaorang. 
Lebih manis dari cara kita mengayat perempuan. Lebih manis dari durian Segamat. 
Bila dah dapat, telefon pun tak berjawab.

Sejak 2001, aku masih lagi lekat pada ING Insurance. Dan agen aku bernama Andy Low. 
Bagus mamat ni. Dua tiga kali aku masuk hospital, dia dah macam girlfriend aku dok call tanya khabar aku. 
Kan best macam tu. Sekarang pun dah ada agensi sendiri. Aku anak beranak amik insurans dengan dia. 

Kalau kau nak, aku boleh rekomenkan. Janji tak kena kapur.


Sumber sini.

No comments:

Post a Comment