Saturday, 18 November 2017

Alarm Kereta Tak Berfungsi Selepas Tukar Bateri Ini Cara Penyelesaian nya

alamulaikum dan Salam Inspirasi buat semua saudaraku…
Selepas beberapa tahun berbakti pada diri aku, kira-kira 7 tahun berjasa Alarm Kereta Toyota Vios 2007, 1st gen Toyota Vios mula meragam. Rasa pun dah lama tak tukar bateri remote alarm.
Ketika turun melawat kawasan masa nak lock kereta tetiba remote tak berfungsi, berkali kali tekan baru memberi respons. Alhamdulillah.
Dua hari selepas itu sekali lagi dia buat hal, time nak unlock kereta tak boleh sampai ke sudah. Panik juga… Dah la malam. Mana aku nak cari bateri remote tengah malaam ni.
Selepas dua kali kena aku dah mula serik. Esoknya sempat pergi ke kedai di Seremban masa lunch aku pergi tukar bateri remote alarm kereta sekali. Kereta Vios model aku menggunakan Cobra Alarm System. Rasanya Kereta Honda tahun yang sama juga menggunakan sistem yang sama.
Ingat selepas tukar 2 biji bateri segala masalah telah selesai.
Rupanya tidak, Sabtu dan Ahad pada minggu itu kereta aku tersadai dua hari di parking kerana remote tidak berfungsi.
Dalam kepala otak mula membayangkan kepingan wang kertas yang bakal hangus dek kerana Alarm kereta yang dah rosak.
Bertenang seketika, lantas aku mencari sedikit info mengenai Cobra Alarm System. Rupanya bukan aku sahaja yang kena. Ramai pengguna telah kena masalah ini alarm kereta tak berfungsi selepas tukar bateri.

ALARM KERETA TAK BERFUNGSI SELEPAS TUKAR BATERI INI CARA PENYELESAIAN NYA

Cobra Alarm System
Cobra Alarm System
  1. Tengok pada remote alarm ada dua button. Yang besar adalah button A dan yang kecil adalah button B.
  2. Duduk dekat sebelah pemandu dan serapat mungkin dengan pintu kereta.
  3. Tekan button A dan B dengan serentak dalam masa beberapa saat dan perhatikan akan ada kerlipan LED warna merah secara amat laju. Tekan hingga kerlipan LED itu berhenti.
  4. Tekan button A sebanyak dua kali. Tengok sama ada alarm kereta anda berfungsi atau tidak. Alarm saya berfungsi, Alhamdulillah.
  5. Kalau tidak berfungsi mungkin kena cuba kaedah lain atau kena hubungi pihak Cobra untuk bantuan.
Harap ia dapat membantu penguna lain.
Sumber daddydee

Wednesday, 30 August 2017

Masalah Ulat Tiker masih berleluasan

Tahniah buat pasukan Harimau Malaya dalam KL 2017. Walaupun tewas pada Thailand dengan 1-0. Kalian tetap juara dalam hati semua pennyokong dan rakyat Malaysia.
Mempamerkan aksi yang terbaik dari awal KL 2017 hingga tamat semalam. Dan dari KL 2017 kita boleh lihat penemuan wira baru dan sudah pasti nya ‘Fenomena Thanabalan’.
Kata-kata TMJ kepada semua pemain selepas tamat pelawanan.

Salute. Daulat Tuanku.

Fenomena Ulat Tiket Dalam Bola Sepak Malaysia

Walaupun bola sepak KL 2017 sudah tamat dan malam ini adalah penutup KL 2017, isu ulat tiket bukan sesuatu yang patut dipandang ringan.
Agak menyakitkan hati bila ramai yang masih lagi sedang beratur untuk mendapatkan tiket tapi sudah ada yang sewenang-wenang menjual tiket dengan harga yang berkali ganda mahal nya.
Ya, mungkin ini peluang bisnes bagi sesetengah orang tapi ia sesuatu yang tak patut.
Tiket yang dijual dengan harga RM 21.20 termasuk GST. Dijual semula dengan harga RM 50 – RM 150. Berganda untungnya.

Fenomena Ulat Tiket
Fenomena Ulat Tiket

Dengan alasan mereka beratur dari jam 2.00 pagi untuk dapatkan tiket. Hurmm…
Bukan nak kata apa lah kalau rasa perlukan tiket tu 2 keping beli sajalah 2 keping tak perlu beli sampai 5 keping walau kuota adalah 5 keping. Fikir orang belakang sikit bai…
Lagi tak boleh blah bila dengar ada yang dapat tiket FREE dari YB. Wow… Betul ke? Untung siapa yang rapat dengan YB kan?
Apapun ia tetap tidak adil bagi peminat yang benar-benar ingin menonton perlawanan akhir tersebut. Dan lagi tidak adil bila ada pihak yang cuba menangguk dalam air yang keruh.
Diharapnya selepas ni pihak yang terbabit boleh lakukan improvement dalam sistem penjualan tiket bagi mengelakkan masalah Ulat Tiket ni. Mungkin boleh lakukan penjualan online dan denda terhadap makhluk Ulat Tiket ini.
Majulah sukan untuk negara.
(Sumber: Daddydee)

Thursday, 24 August 2017

Juara Perlu FOkus dan Kurangkan Kesilapan

BERBAKI lapan hari sebelum Kejohanan Badminton Dunia di Glasgow, Scotland bermula, fokus utama saya sudah pastinya persiapan bagi menghadapi kejohanan berkenaan dengan misi saya adalah memburu gelaran juara dunia pertama.
Seperti semua sudah sedia maklum, undian untuk Kejohanan Dunia kali ini sudah keluar. Siapa lawan dan bakal menjadi lawan sudah diketahui.
Ramai menganggap undian kali ini agak sukar untuk saya, namun pendirian saya berbeza. Tidak dinafikan, tuah undian juga boleh memainkan peranan dalam memacu kejayaan seseorang pemain itu dalam setiap kejohanan disertai. Namun, ini adalah Kejohanan Dunia dan bagi saya semua lawan yang perlu hadapi adalah sukar.
Walaupun atas kertas nampak memihak kepada diri kita, namun kejutan sentiasa berlaku apatah lagi ini adalah kejohanan utama. Pemain yang layak dalam kejohanan ini adalah berdasarkan kepada merit dan sudah pasti masing-masing mempunyai kekuatan tersendiri.
Jadi, sesiapapun lawan yang kita hadapi, mereka tetap ancaman besar buat kita.
Tidak perlu menunggu undian sekalipun, Kejohanan Dunia kali ini memang saya anggap yang paling sukar buat diri saya.
Laluan getir bermula pada pusingan suku akhir
Kali ini, ada empat pemain China yang layak beraksi iaitu Lin Dan, Chen Long, Tian Houwei dan Shi Yuqi. Berdasarkan undian yang saya terima, saya dijangka berdepan tiga pemain China sebelum boleh merangkul gelaran juara dunia.
Chen Long dijangka menanti saya jika layak ke suku akhir tetapi sebelum itu saya perlu melepasi halangan seorang lagi pemain China, Tian Houwei.
Jika berjaya melepasi halangan dua pemain lawan itu, saya dijangka bertemu pilihan ketiga dari Denmark, Viktor Axelsen sebelum berdepan Lin Dan jika layak ke perlawanan penentuan kejuaraan.
Melihat kepada undian ini, saya tahu ramai yang anggap sukar tetapi untuk menjadi juara dunia, saya perlu 'langgar' semua halangan.
Saya tiada pilihan selain menerima hakikat ini. Saya tidak boleh mengubah keputusan undian. Saya sudah beberapa kali gagal di pentas final Kejohanan Dunia dan Sukan Olimpik, jadi kali ini saya tidak rugi apa-apa untuk terus mencuba.
Tidak guna saya terlalu memikirkan mengenai undian ini. Cukup saya sudah mengetahui siapa yang bakal menjadi lawan saya. Fokus kini adalah mempersiapkan diri.
Saya bersyukur kerana saya akan dibantu dua jurulatih berkaliber, Datuk Misbun Sidek dan Hendrawan. Mereka bukan calang-calang jurulatih, masing-masing mempunyai pengalaman tersendiri.
Mahu jadi atlet yang turut bergelar juara dunia
Saya harap kombinasi mereka mampu membantu saya merealisasikan impian yang selama ini saya idamkan. Saya tahu ia bukan mudah tetapi berbekalkan prinsip tidak akan mengalah sebelum berjuang, saya akan berikan yang terbaik.
Selepas empat atlet negara menempa kejayaan di kejohanan dunia bermula jaguh lumba basikal negara, Azizulhasni Awang, dua atlet olahraga paralimpik, Muhammad Ziyad Zolkefli dan Abdul Latif Romly serta atlet terjun, Cheong Jun Hoong, saya juga tidak mahu ketinggalan untuk meletakkan nama sebagai atlet yang bergelar juara dunia.
Apa yang dicapai oleh beberapa atlet negara baru-baru ini (apabila muncul sebagai juara dunia) sememangnya meningkatkan lagi motivasi saya.
Mereka memberi inspirasi kepada saya untuk turut melakar kejayaan. Namun, pada masa sama, ia memberi tekanan juga kepada saya tetapi saya perlu atasinya... ini perkara biasa, jika tidak bagaimana mahu jadi pemain utama dunia.
Saya akan berlepas ke Glasgow awal pagi Rabu ini bersama pemain negara yang lain termasuk beregu lelaki, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, Low Juan Shen-Chooi Kah Ming dan beregu campuran, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.
Ketibaan awal beri masa buat persediaan terbaik
Apa yang pasti, saya tidak berseorangan memikul tanggungjawab bagi memastikan Malaysia memiliki juara dunia dalam sukan badminton.
Saya menaruh keyakinan bahawa, V Shem-Wee Kiong turut mempunyai peluang bagi menjadi juara selepas kerja keras mereka sepanjang sesi latihan.
Saya sendiri dapat lihat betapa mereka turut mahu melakar kejayaan di Kejohanan Dunia kali ini bagi membuktikan status mereka sebagai pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016.
Saya harap, ketibaan kami awal lima hari di Glasgow sebelum kejohanan bermula dapat memberi kami masa untuk menyesuaikan diri dengan cuaca dan gelanggang kejohanan.
Ia penting kerana kejohanan besar seperti ini tiada ruang untuk kita membuat silap sejak pusingan pertama lagi. Untuk semua peminat sukan tempatan khususnya badminton, saya memohon doa anda semua agar saya dan pemain Malaysia yang lain mampu menempa kejayaan di Glasgow.

Saturday, 12 August 2017

Filem Wolf Warrior 2 Rekod Baru Box Office

Filem perjuangan patriotik China "Wolf Warrior 2" 'adalah melanda besar-besaran, meruntuhkan francaisi seperti "Fast and Furious" dan pemegang rekod sebelumnya "The Mermaid" di pejabat setempat.

Dalam dua minggu pertama, filem China, yang mengancam "siapa yang menyinggung perasaan China akan diburu tidak kira sejauh mana mereka" dalam slogannya, telah mencatatkan 3.5 bilion yuan (kira-kira $ 524 juta), menjadikannya filem paling berpenghasilan tinggi Pernah ditunjukkan di negara ini.

Diarahkan, ditulis bersama oleh bintang seni mempertahankan diri Cina Wu Jing, filem itu telah dipanggil Rambo Cina kerana tema yang sama, kesan khas, dan urutan tindakan.

Wu juga memainkan peranan utama askar khas meriam yang dilepas Leng Feng, yang mengambil misi khas di seluruh dunia. Terletak di negara Afrika di tengah-tengah peperangan sivil, Leng mesti menyelamatkan rakan senegara dan penduduk tempatan dari tangan tentera upahan yang dipimpin Amerika.

Dalam satu wawancara dengan Bloomberg, James Li, pengasas bersama di konsultasi filem berpangkalan di Beijing, Fanink Research, memberikan wawasan tentang kenapa filem itu adalah satu kejayaan besar.



"Perang dan tindakan - filem itu mengisi jurang di pejabat kotak di China, yang belum pernah melihat filem genre yang dikeluarkan untuk beberapa waktu," kata Li. "Permintaan filem berkualiti masih berkembang di China."

"Wolf Warrior 2" mempunyai perangkap blockbuster Hollywood dengan penggunaan letupan liberal dan kesan khasnya, walaupun dengan nada patriotik yang tidak disukai.

Financial Times telah menyatakan bahawa beberapa baris memuji dasar luar China boleh didapati di seluruh filem.



Secara kebetulan, masa pelepasan filem itu sempurna bertepatan dengan perayaan yang menandakan ulang tahun ke-90 Tentera Pembebasan Rakyat.

Agensi Berita Xinhua yang diketuai oleh State memuji filem ini dengan jelas "mencerminkan kebangkitan kekuatan nasional keseluruhan China" dan "memenuhi keperluan rakyat China untuk superhero mereka sendiri."

Arsenal Menang Lawan Leicester Pada Perlawanan Pertama

Pengganti Olivier Giroud mengetuai pemenang lewat dramatik ketika Arsenal bangkit untuk mengalahkan Leicester City pada awal musim 2017-18.

The Gunners tewas 3-2 dengan tujuh minit untuk pergi sebelum Aaron Ramsey dan Giroud menghidupkan semula permainan di bahagian belakang rumah di Stadium Emirates.

Alexandre Lacazette mengetuai Gunners di depan 94 saat menerusi debut sulungnya, hanya untuk Shinji Okazaki untuk mengangguk dengan gol penyamaan hanya dua minit kemudian.

Hero of the day


Vardy kemudian melepaskan pelawat dari salib Marc Albrighton, sebelum Danny Welbeck menarik Arsenal pada akhir separuh pembukaan.

Leicester memimpin semula ketika Vardy menuju ke sudut Riyad Mahrez sebelum Arsene Wenger membuat penggantian berganda yang mengilhami yang memicu kemunculan Arsenal.

Pengganti Ramsey memecah masuk ke sudut - dari sudut yang dimenangi selepas Mesut Ozil ditangani dalam pembentukannya - sebelum Giroud menunjukkan atletisme dan kekuatan untuk bertemu sudut Granit Xhaka.

Hari-hari Giroud di Arsenal kelihatan bernombor berikutan ketibaan rakan sepasukan Perancis Lacazette dari Lyon untuk bayaran rekod kelab £ 46.5 juta.

Dan Wenger mendedahkan selepas kemenangan Jumaat bahawa Giroud, yang telah menjaringkan 97 gol dalam 231 penampilan sejak menyertai Montpellier pada tahun 2012, mungkin telah meninggalkan The Gunners musim panas ini.

"Pada satu peringkat saya membuka pintu untuknya kerana saya tahu saya mempunyai banyak penyerang, dan akhirnya dia memutuskan untuk tinggal," kata Wenger.

"Dia tidak mahu pergi dan saya gembira dia mahu kekal."

Pemain berusia 30 tahun itu tidak membuang masa untuk membuktikan beliau bernilai dengan matlamat penting yang lain selepas menjadi pemain gantian.

Giroud menawarkan pilihan yang lebih fizikal bagi Wenger, tetapi berharap untuk peranan yang lebih besar di kelab itu.

Sejak permulaan musim lalu, dia telah menjaringkan tujuh gol Liga Perdana ketika bangkit dari bangku simpanan - tiga lebih daripada pemain lain dalam tempoh yang sama.

"Saya lebih suka berada di padang seperti yang saya boleh tetapi saya mahu membantu pasukan mencapai sasaran," katanya.

Arsenal memulakan musim Liga Perdana yang baru memenangi hanya satu daripada lima perlawanan pembukaan sebelum ini - yang semuanya juga perlawanan di rumah.

Dalam perkembangannya pada hari Jumaat, Wenger berulang kali menekankan pentingnya bermula dengan keputusan positif terhadap Leicester - dan Gunners nampaknya telah mendengar pengurus mereka ketika mereka membuat impian bermula.

Lacazette telah diletakkan dengan sempurna untuk mengambil kesempatan daripada Wes Morgan untuk menyalahkan lengan Mohamed Elneny, dengan tendangan rendah untuk menjadi penyerang tercepat dalam sejarah Liga Perdana.

Walau bagaimanapun, sukacita tidak bertahan lama. Leicester mengeksploitasi kegelapan oleh The Gunners untuk meneruskan usaha, mengarahkan pengumuman ketidakpuasan di kalangan orang ramai.

Kegagalan Arsenal untuk menyelesaikan empat Liga Perdana buat kali pertama dalam 20 tahun terakhir musim, belum lagi kritikan Wenger yang diterima dari beberapa bahagian sokongan Gunners, bermakna orang Perancis mungkin tidak mampu untuk memulai dengan kekalahan .

Dan perasaan itu mengalir dan mengalir di dalam Emirates - dengan beberapa pengumuman biasa yang tidak dapat disangkal.

Arsenal menang lagi


Atmosfera menjadi gelap di kalangan peminat rumah selepas Vardy yang pertama, kekecewaan yang boleh didengar apabila Welbeck dengan tenang melancarkan dalam potongan Saed Kolasinac, hanya untuk kembali semula ketika Vardy memulihkan memimpin Foxes.

Wenger kelihatan cemas dari perangkap, akhirnya muncul di sentuhan apabila dia memperkenalkan Ramsey dan Giroud selepas 67 minit.

Dalam masa 20 minit kedua-dua pemain telah menjaringkan gol - dan suasana berubah sepenuhnya - ketika Arsenal mengelak kehilangan perlawanan pembukaan mereka untuk keempat kalinya dalam tempoh lima tahun.

Leicester menunjukkan sekilas bentuk pemenang gelaran mereka

Pengurus Leicester, Craig Shakespeare bercakap dalam temuramah sebelum pertandingan mengenai Foxes yang mengetahui kekuatan penyerang mereka dan cuba menggunakannya untuk memberi kesan yang baik terhadap tiga lagi "bergaya" Arsenal.

Itulah yang mereka lakukan.

Pelawat mendapati kegembiraan di bahagian bawah, mendedahkan kegagalan defensif pertahanan Gunners melalui pergerakan tajam Vardy dan bola cepat ke depan.

Pecah pesat mereka mengingatkan mereka memenangi gelaran juara dua musim lalu, seperti kemunculan klinikal mereka: Foxes menjaringkan gol dengan setiap tiga usaha mereka pada sasaran.

Malangnya untuk juara 2015-16, ia adalah kepekatan mereka sendiri yang tidak dapat menahan Arsenal di hujung yang lain.

Diketuai oleh kapten Wes Morgan dan penandatanganan baru Harry Maguire, Leicester tetap teguh pada babak kedua sehingga tekanan dari Arsenal - yang memiliki 27 percobaan di gawang - akhirnya diberitahu.

"Menjaringkan tiga gol jauh dari rumah adalah positif dan kami akan kembali ke padang latihan untuk memastikan kami menyusun masalah," kata Vardy, yang menolak perpindahan ke Gunners musim panas lalu.

Monday, 7 August 2017

Arsenal Menang Perisai Komuniti

London: Penjaga gol Thibaut Courtois dan pemain baru Alvaro Morata menjadi punca kekalahan Chelsea bagi membolehkan Arsenal menjuarai Perisai Komuniti 4-1 menerusi penentuan penalti di Wembley malam tadi.
Jaringan bintang Chelsea, Victor Moses dan pemain baru Arsenal, Sead Kolasinac membawa perlawanan ke penentuan penalti dan memandangkan Courtois and Morata mensia-siakan sepakan penalti, Arsenal menjulang perisai itu buat kali ketiga dalam tempoh empat tahun.
Arsenal Menang Perisai Komuniti

Percubaan Courtois melambung melepasi palang sebelum pemain gantian Morata, bernilai £58 juta (RM323.6 juta) yang dibeli dari Real Madrid turut tersasar, membolehkan Olivier Giroud memastikan kemenangan buat Arsenal.
Arsenal, yang memulakan musim pertama tanpa aksi Liga Juara-Juara sejak 1997, menang dalam sembilan kunjungan mereka ke Wembley yang bermula sejak kemenangan ke atas Wigan Athletic pada separuh akhir Piala FA pada 2014.
Skuad Arsene Wenger membuka musim Liga Perdana Inggeris di laman sendiri menentang juara 2016 Leicester City Jumaat ini, manakala skuad Chelsea kendalian Antonio Conte memulakan misi mempertahankan gelaran di laman sendiri menentang Burnley pada hari berikutnya.

Moses yang dibuang padang selepas menerima kad kuning kedua kerana melayangkan badan ketika Arsenal menewaskan Chelsea 2-1 pada final Piala FA, menebus kesilapan dengan meletakkan pasukan juara itu di depan pada separuh masa kedua.
Namun selepas Pedro dilayangkan kad merah kerana melakukan kekasaran terhadap Mohamed Elneny, Kolasinac menanduk masuk gol penyamaan pada minit ke-81 untuk memaksa keputusan seri 1-1 dan penalti.

Saturday, 5 August 2017

Neymar Milik PSG. Perpindahan Paling Mahal Dalam Sejarah.

Pemain berusia 25 tahun itu menyertai kelab Perancis itu dengan bayaran 222m Euro (£ 200m) dan dia akan mendapat 45m Euro (£ 40.7m) setahun.

Neymar, yang boleh bermain dalam perlawanan liga pertama PSG musim ini pada hari Sabtu, berkata harganya "Tidak menjadi beban".



Pengerusi PSG Nasser Al-Khelaifi menambah bahawa Neymar boleh memperoleh lebih banyak wang di kelab lain.

Jumlah pengeluaran kelab Ligue 1 di Brazil dijangka menjadi £ 400 juta.

Ditanya mengenai pengumuman rasminya di Parc des Princes jika dia termotivasi oleh wang, Neymar menjawab: "Apa yang saya katakan kepada orang-orang ini ialah mereka tidak tahu apa-apa tentang kehidupan peribadi saya. Saya tidak pernah bermotivasi dengan wang.

"Jika saya mengikuti wang itu, saya akan berada di tempat lain, dengan kelab-kelab lain di negara lain. Saya sangat sedih bahawa orang masih berfikir seperti itu dan saya gembira kerana PSG percaya kepada saya."

Al-Khelaifi menambah: "Neymar datang ke sini untuk motivasi, projek yang dia percayai. Dia boleh mendapatkan lebih banyak wang daripada yang kita beri kepadanya, itu pasti."

Figo baru?


Bekas pemain sayap Portugal Luis Figo meninggalkan Barcelona untuk Real Madrid pada tahun 2000, untuk bayaran rekod dunia sebanyak £ 37.4m, selepas Madrid membayar klausa pembeliannya. Langkah itu disambut dengan kemarahan oleh peminat Barcelona.

Apabila ditanya bagaimana perasaannya berbanding dengan Figo, Neymar berkata: "Saya tidak melakukan apa-apa yang buruk, saya sedih tentang fakta bahawa peminat berfikir bahawa.

"Anda tidak diwajibkan untuk kekal di kelab, jika anda ingin meninggalkan maka pemain mempunyai hak itu."

Al-Khelaifi menambah: "Dia meninggalkan sebagai seorang lelaki, tidak adil untuk membandingkannya dengan pemain lain. Dia cuba melambatkan proses itu untuk menghormati pemain dan peminat Barcelona.

"Saya terkejut dengan soalan itu."

Gerakan Neymar berlarutan kerana pegawai La Liga menolak pembayaran klausa pembeliannya dari peguamnya. Mereka sebaliknya terpaksa mendepositkan wang itu di pejabat kelab Barcelona.

Pendirian La Liga ialah PSG yang melanggar peraturan UEFA's Financial Fair Play (FFP), dan sebelum ini Barcelona mengatakan mereka akan melaporkan PSG kepada UEFA badan bola sepak Eropah untuk pelanggaran FFP.

Al-Khelaifi mempertahankan perjanjian itu dengan berkata: "Kami akan menjadi sangat telus dengan Financial Fair Play, saya mempunyai pasukan yang kuat dengan saya, jika anda berfikir mengenainya, pergi minum kopi dan jangan risau.



"Hanya ada satu keputusan yang penting dan itu dengan Uefa. Kami bekerja dengan sangat telus dengan Uefa.

"Kami tidak peduli dengan spekulasi dalam media. Kami mengambil berat bahawa apa yang kami lakukan adalah telus dan benar-benar sah."

Al-Khelaifi berkata Neymar mempunyai kesan kewangan segera, sambil menambah: "Sebelum Neymar nilai kelab itu $ 1 bn, kini $ 1.5bn."

Bagi mempertahankan kos pemindahan itu, beliau berkata: "Hari ini mahal tetapi dalam masa dua atau tiga tahun, saya tidak fikir ia mahal, kami pasti akan membuat lebih banyak wang, ini adalah kuasa PSG.

Neymar, yang menafikan beliau meninggalkan Barcelona untuk melangkah keluar dari bayangan Lionel Messi, menambah: "Ini bukan beban, saya 69kg dan tidak mempunyai beban di belakang saya."

Neymar tiba di Paris oleh jet persendirian pada hari Jumaat dan disambut oleh pegawai PSG, termasuk bekas pemain bek kiri dan pemain antarabangsa Brazil, Maxwell.

Kedai kelab di Champs-Elysees dihiasi dengan imej Neymar dan beratus-ratus penggemar beratur untuk mendapatkan tangan mereka pada baju replika nombor baru mereka 10, yang menetapkan mereka kembali lebih dari £ 100

Friday, 4 August 2017

Rupa iPhone 8 Yang Bakal Dikeluarkan Pada 2018

Dijangka keluar Hujung Tahun atau Awal 2018
.


Antara Features iPhone 8
- 5” – 5.5” 4K screen corning, retina display
- A11 processor yg lebih Laju
- Video Recording 2160p @ 30 fps, 1080p @ 60 fps, 720p @ 90 fps
- Glass body
- Edge-to-edge display
- Facial Recognition, mungkin mengantikan Touch ID
- No Home button
- Wireless charging
- Three models - One OLED, two standard
- Silver/Space Grey/Gold/Rose Gold/Jet Black
Harga dijangka RM3800 - RM5300

Game Terbaik Buat Gamers Pada Ogos Ini

Bulan ini terdapat beberapa permainan video pilihan penulis yang wajar dibeli. Bukan saja kerana gaya permainannya tapi juga versi ‘remaster’ yang perlu dimiliki untuk konsol terkini anda.

1. Uncharted: The Lost Legacy
Nampaknya kejayaan francais Uncharted diteruskan dengan judul terbaru, The Lost Legacy. Tapi bagi peminat tegar, anda mungkin sedikit kecewa kerana Nathan Drake tidak boleh dimainkan dalam judul ini.
Chloe Frazer yang pernah diperkenalkan dalam Uncharted 2 kini kembali dan digandingkan dengan Nadine Ross untuk menjejaki Tusk Of Ganesha, sebuah artifak dari sejarah India sejak zaman Kerajaan Hoysala.
Dalam pada itu, mereka berdua perlu mengembara dalam perlumbaan masa daripada membiarkan artifak itu jatuh ke tangan seorang panglima perang dari India, Asav.
Ia akan tiba di Playstation 4 sebagai permainan eksklusif pada 22 Ogos ini.
2. LIFE IS STRANGE: BEFORE THE STORM
Permainan popular keluaran Square Enix sekali lagi akan menggemparkan pemain konsol di Malaysia tapi kali ini ia bukan sekuel.
Dalam prekuel ini, pemain akan bermain sebagai Chloe Price bukan lagi sebagai Max Caulfield. Menariknya dalam keluaran ini, ia akan menerangkan apa yang terjadi kepada Chloe selepas meninggalkan Arcadia Bay untuk ke Seattle.
Namun, di sebalik kejutan itu, peminat pastinya sedikit kecewa kerana tiada elemen merentas masa. Kemahiran ‘Backtalk’ diperkenalkan bagi membolehkan Chloe mengelakkan diri dari situasi tidak menentu.
Life Is Strange: Before the Storm akan hadir ke Playstation 4, Xbox One dan PC pada Hari Merdeka ini.
3. Sonic Mania
Sempena ulang tahun ke-25 francais Sonic the Hedgehog, pembangun PagodaWest Games dan Headcannon membangunkan judul ini yang diinspirasikan daripada siri Sonic di Sega Genesis.
Lebih menarik, ia mengekalkan stail 16-bit dan grafik 2D. Pemain boleh menikmati ‘level’ baru selain melawati beberapa lokasi terdahulu yang diperkenalkan dalam siri asal.
Ia akan dipasarkan di seluruh dunia bermula pertengahan bulan ini (15 Ogos).
4. Yakuza Kiwami
Bagi sesiapa yang meminati siri Yakuza, anda boleh menarik nafas lega kerana permainan keluaran pertama berjudul Yakuza kini mendapat ‘remaster’.
Kelainan dalam siri ini boleh dilihat apabila pemain mampu menggunakan teknik berlawan berbeza dalam pertarungan sebagai Kazuma Kiryu.
Di Jepun, versi PS4 dan PS3 mendapat jualan paling laris ketika minggu keluarannya dengan jualan 103,256 unit untuk konsol PS4 dan 60,427 bagi PS3.
Yakuza Kiwami akan dipasarkan di seluruh dunia bermula 29 Ogos ini.
5. MARIO + Rabbids: Kingdom Battle
Rasanya gabungan dua pembangun menghasilkan satu permainan video yang menarik bukan lagi perkara baru. MARIO + Rabbids: Kingdom Battle antara permainan video dalam kategori itu yang juga percubaan pertama di pasaran.
Permainan t259aktikal ‘role-playing’ dengan sistem giliran ini memaparkan karakter dari Mario keluaran Nintendo dan francais Raving Rabbids dari Ubisoft.
Ia juga mengetengahkan elemen penerokaan dan pemain boleh menjangkakan kemunculan Mario, Luigi, Princess Peach, Yoshi serta empat hero Rabbids sambil dilengkapi pelbagai senjata efektif.
Mario + Rabbids: Kingdom Battle akan hadir secara eksklusif di Nintendo Switch pada 29 Ogos.

Wednesday, 26 July 2017

Perpindahan Paling Mahal, Mbappe sertai Real Madrid

MADRID: Real Madrid sudah mencapai persetujuan untuk menandatangani Kylian Mbappe daripada Monaco dengan rekod perpindahan dunia bernilai 180 juta Euro (RM900.5 juta).
Akhbar harian Sepanyol, Marca, yang memetik sumber menyatakan, penyerang remaja itu dijangka menyertai Real Madrid dalam tempoh beberapa hari lagi dengan kontrak selama enam tahun.
Bagaimanapun, akhbar Perancis, Le Parisien dan Nice Matin menjelaskan Monaco menafikan laporan itu.
Namun, Marca menegaskan, Real Madrid bersedia untuk membayar sekitar 160 juta Euro (RM800 juta) dan bonus tambahan sehingga 20 juta Euro (RM100 juta), sekali gus memecahkan rekod perpindahan yang dilakar oleh Manchester United ketika mendapatkan Paul Pogba pada nilai 105 juta Euro (RM525 juta).
Real Madrid sedang mencari pengganti untuk mengisi posisi yang ditinggalkan Alvaro Morata selepas penyerang itu menyertai juara Liga Perdana Inggeris (EPL), Chelsea, Jumaat lalu.
Jika Mbappe menyertai juara Eropah itu, pemain berusia 18 tahun itu akan memperoleh gaji tahunan setinggi tujuh juta Euro (RM35 juta).
Mbappe yang masih memiliki kontrak bersama Monaco sehingga 2019 turut diintai beberapa pasukan ternama Eropah, termasuk seteru Monaco di Ligue 1, Paris Saint Germain. - AFP

Mati Kerana Capati Tak Bulat

New Delhi: Seorang wanita hamil mati dibunuh suaminya semata-mata berang kerana mangsa tidak dapat membuat roti capati yang berbentuk bulat.
Mangsa yang dikenali sebagai Simran, 22, dipercayai dicekik hingga mati oleh suaminya selepas bergaduh pada malam Sabtu lalu.
Mayat Simran yang hamil empat bulan ditemui terbaring di sebuah rumah pangsa di sini pada pagi Ahad lalu oleh abang mangsa.
Mati Kerana Capati Tak Bulat

Anak perempuan pasangan itu yang berusia empat tahun ditemui dikurung di dalam sebuah bilik manakala suami mangsa melarikan diri.
Kanak-kanak itu memberitahu polis, bapanya sering memarahi ibunya kerana wanita itu tidak dapat membuat capati berbentuk bulat.
“Ibu saya seorang yang pandai memasak tetapi bentuk capati yang dibuatnya sering menimbulkan kemarahan bapa saya,” katanya.
Menurutnya, dalam kejadian itu, bapanya berang selepas dihidangkan capati yang tidak berbentuk bulat dan terus menendang perut ibunya.
“Saya cuba membantu ibu tetapi bapa mengheret saya masuk ke dalam bilik dan mengunci dari luar,” ceritanya.
Polis memberitahu, siasatan awal mendapati mangsa mati selepas leher dijerut dengan tali.
“Polis kini memburu suami mangsa dan suspek berdepan dakwaan membunuh,” katanya.

Thursday, 20 July 2017

Alvaro Morata Sertai Chelsea

Chelsea bersedia untuk memecahkan rekod perpindahan dengan Real Madrid telah bersetuju untuk lepaskan Alvaro Morata.

Dalam satu kenyataan di laman web mereka pada Rabu malam, Chelsea mengesahkan laporan eksklusif Telegraph Sport bahawa perjanjian dengan Real Madrid untuk mengambil Morata ke Stamford Bridge talah selesai dilakukan dengan menunggu perbincangan peribadi sekarang untuk dibincangkan dengan Morata dan Ujian kesihatan.


Alvaro Morata Sertai Chelsea
Adalah dipercayai Chelsea akan membayar sekitar £ 70 juta untuk mendarat Morata, yang muncul sebagai pilihan utama kelab setelah kehilangan Romelu Lukaku ke Manchester United.

Itu akan menetapkan pemindahan rekod kelab baru untuk Chelsea, yang saat ini bayaran keluar tertinggi adalah £ 50 juta yang mereka bayar untuk Fernando Torres pada tahun 2011.

Chelsea telah meninggalkan pilihan mereka berikutan kegagalan mereka mendarat Lukaku dan mengadakan perbincangan dengan beberapa kelab dan ejen mengenai Morata, Andrea Belotti dan Pierre-Emerick Aubameyang.

Tetapi Juara Liga Premier  berjaya membuat rundingan dengan Real untuk dapatkan Morata pada hari Rabu dan berharap dapat menyelesaikan kesepakatan dengan cepat.


Morata bersama Real untuk lawatan jelajah mereka di Amerika Syarikat, dan kini mendapat pelepasaan dari siri jelajah untuk membincangkan perjanjian peribadi dengan Chelsea dan menjalani ujian perubatan di London.



Pemain berusia 24 tahun itu berminat dengan prospek bekerja dengan Conte di Chelsea sejak Blues cuba menandatangani nya musim panas lalu.

Morata menjaringkan 15 gol La Liga untuk Real musim lalu, tetapi mahu beralih menjadi penyerang nombor satu setelah bertindak sebagai pemain belakang Cristiano Ronaldo dan Gareth Bale.

Dia telah bersetuju untuk menyertai United, tetapi mereka telah menyambar Lukaku yang juga menarik perhatian Chelsea meninggalkan Morata.

Ketibaan Morata akan disambut oleh beberapa ahli skuad Chelsea, yang telah bimbang dengan situasi yang tidak menentu itu.

Chelsea mengumumkan bahawa ketua jurulatih Conte telah diberi ganjaran untuk musim pertama yang baik dengan kenaikan gaji, yang menggariskan beliau akan mengetuai musim baru.

Tetapi ketiadaan sebarang perlnjutan kontrak bermakna tiada jaminan jangka panjang terhadap masa depan Conte, yang telah mendorong spekulasi di kalangan pemain bahawa dia mungkin hanya bertanggungjawab untuk 12 bulan lagi.

Terdapat juga kekecewaan bahawa Chelsea meninggalkan lawatan pra-musim mereka ke China dan Singapura tanpa sebarang tanda baru dalam skuad dan Diego Costa dan Nemanja Matic ditinggalkan.

Pertahanan Antonio Rudiger dapat bertemu dengan skuad Chelsea di Singapura setelah cutinya, tetapi pemain tengah, Tiemoue Bakayoko akan melanjutkan  rawatan pemulihannya dari kecederaan.


Adakah Danilo juga akan sertai Chelsea?

Sumber daddydee

Bekerja Dari Rumah


10 Tip Kejayaan Bekerja dari Rumah

1. Menyediakan tempat kerja khas yang selesa
Perkara ini penting, jika boleh perlu cukup semuanya. Ada komputer, ada printer dan beberapa keperluan asas. tidaklah perlu terlalu luas, cukup jika anda selesa.
Pastikanlah tempat yang anda sediakan tu mempunyai maje yang selesa untuk anda mulakan kerja. Tempatkan semua benda yang berkaitan kerja je. Kalau boleh buatlah dalam bilik khas yang kurang gangguan bising. INGAT..anda perlu bekerja walaupun di rumah bukan berbaring dan menharapkan duit masuk.

2. Bekerja mengikut waktu.
Jangan anda rasa anda bekerja kat rumah dan anda boleh sesuka hati bila nak mulakan kerja. kalau boleh buatlah macam pergi kerja biasa tu. masuk waktu kerja. Masuk jam 9 dan keluar jam 5. Ingat anda perlu bekerja, walaupun di rumah. Kalau boleh hantarlah anak-anak ke rumah pengasuh, disiplinlah diri, jangan asik nak ke pasar je. mana kerja nak menjadi dan nak siap.
3. Hubungan dengan kerja secara berterusan
Anda cuma bekerja dari rumah, jadi pastikan anda membuka email anda secara berkala. Jaga hubungan dengan pelanggan atau bos anda.
4. Ambil masa rehat
Untuk anda memastikan momentum yang berterusan anda perlu mengambil waktu rehat. contohnya ambil lah waktu makan tengah hari setiap hari. Bila anda mengambil masa rehat yang teratur kualiti kerja yang anda hasilkan pasti lebih hebat.
5. Jangan dibersihkan.
Itu sebabnya saya minta anda menyediakan tempat yang sesuai dan selesa untuk anda buat kerja. kadang-kadang anda tak lah perlu bersihkan setiap hari, anda perlukan mod untuk bekerja. biarkan bersepah...
6. Disiplin
Kalau nak buat perjumpaan , cuba buat waktu rehat atau makan tengah hari. jangan asik nak jumpa orang tak ikut waktu. Anda perlu bekerja kuat ya.
7. Tinggalkan rumah sehari dalam seminggu
tip ni memang pelik sikit, dah setiap hari anda duduk rumah, tidur pun kat rumah, makan pun kat rumah, kerja pun kat rumah. jadi tentu anda akan BOSAN. saya syorkan untuk anda pilih lah satu hari dalam seminggu untuk keluar dari rumah. Anda akan rasakan kelainannya.

8. Buat kerja secara rutin
1. Bangan tidur, 
2. Bersihkan diri, mandi dan bersiap. jangan tak gosok gigi terus buat kerja.
3. Buat sarapan
4. Masuk tempat kerja
5. Buat panggilan pelanggan
6. Tengah hari pergi makan tengah hari dan jumpa kekawan
7. Balik jam 2 buat kerja balik
8. jam 5 berhenti kerja dan siapkan kerja jangan bertangguh
9. list kerja apa nak dibuat esoknya
10. ulang langkah pertama.
9. Buat kerja anda.
Jangan pula , metang-metang anda kerja dari rumah anda volunteer buat kerja yang tak perlu anda buat sebagai contoh anda terima anak jiran untuk letak rumah anda. ini betul...kerja-kerja yang selalu orang lain buat jangan pulak anda yang buat. faham kan yang ni.
10.Stay professional
Walaupun anda kerja dari rumah ..ingat anda perlu bertanggungjawab seperti anda bekerja di office.
Sebenarnya banyak lagi nak tulis dan nak beri tip nya. saya selalu ingat mak pesan " beri pada mereka yang meminta dan memerlukan dan jangan minta pada mereka yang tak mahu memberi ". sebab tu saya minta banyak like.

share lah secara percuma supaya ramai orang boleh dapat manfaatnya. tiru dan copy lah sesuka hati yang boleh sebab saya tahu mudah-mudahan ianya menjadi saham bagi saya.
saya tahu ...buat baik bukan tentu dapat pahala. tapi mak pesan " bersabar dan teruskan ".
#coachbahar
Sumber: CoachBahar / Takaful4u

Monday, 17 July 2017

Seronok Berebut Koca Ikan

Jempol: Aktiviti ‘mengoca’ atau menangkap ikan secara beramai-ramai amat dinantikan penduduk di negeri ini dan seolah-olah satu kemestian oleh masyarakat setempat terutama selepas musim menuai padi.
Ia bukan saja popular dalam kalangan penduduk setempat, malah kini turut diketahui masyarakat luar yang menantikan aktiviti itu diadakan untuk bersama-sama merasai kemeriahannya.
Aktiviti mengoca di sungai FELCRA Ayer Hitam, di sini, kelmarin, bagaikan pesta apabila lebih 200 orang datang membawa bersama pelbagai peralatan dengan harapan mendapat tangkapan besar.
Pesta yang diadakan sempena program ‘Apa Khabar FELCRA’ ternyata mendapat sambutan luar dugaan.
Mohd Ramli Saidi, 19, dari Kemayan, Pahang sanggup menempuh perjalanan sejauh 35 kilometer dari rumah ke kampung itu bagi menyertai aktiviti itu buat kali pertama.
Menurutnya, dia yang datang bersama seorang lagi rakan terpegun apabila melihat orang ramai menangkap ikan menggunakan tangan dan peralatan asas seperti tangguk.

“Gelagat lincah ikan melompat dalam sungai berkenaan membuatkan ramai pengunjung tidak dapat menahan geram lantas terjun ke sungai untuk bersama menangkap ikan.
“Saya seronok apabila dapat berkubang beramai-ramai untuk mencari ikan di dalam sungai cetek. Risau juga pada awalnya sebab tidak biasa, namun ternyata pengalaman menarik,” katanya yang hanya mendapat seekor ikan sembilang.
Sementara itu, Pengerusi Persatuan Belia FELCRA Ayer Hitam Mohd Yusof Fauzi Ahmad Labib berkata, ratusan ikan tilapia, sembilang dan puyu dilepaskan ke dalam sungai berkenaan bagi menjayakan aktiviti itu.
“Suatu ketika dulu ia antara aktiviti masa lapang penduduk dan disertai pelbagai peringkat usia. Bagaimanapun, ia semakin jarang ditemui kerana ikan berkurangan.
“Menerusi program ini, secara tidak langsung kita dapat mempromosikan semula aktiviti mengoca dan membolehkan orang ramai terutama yang tinggal di bandar mengetahui keistimewaannya,” katanya.
Beliau berkata, pihaknya merancang menganjurkan pesta itu pada masa depan kerana mendapat permintaan bukan saja penduduk kampung tetapi orang ramai.
Program itu turut dihadiri Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Lui Mohd Razi Mohd Ali dan Pengurus Besar FELCRA Berhad Wilayah Tengah Ahmad Salleh

Sumber Hmetro

Wednesday, 12 July 2017

5 Perkara Yang Tak Patut Dilakukan Selepas Bersama

Bagi pasangan suami isteri bersama adalah sebahagian dari aktiviti mereka, tapi sedarkah kita walaupun sering bersama atau melakukan seks masih ramai yang melakukan kesilapan ini selepas bersama atau seks.

5 Perkara Yang Tak Patut Dilakukan Selepas Bersama @ Hubungan Seks

1. Terus Tidur

Ya, melakukan hubungan seks memang penat sebenarnya. Nampak simple dan mudah tapi banyak kalori dibakar dan tenaga digunakan sebenarnya. 

Walaupun penat, bukan alasan untuk terus tidur selepas seks dan biarkan pasangan anda tergapai-gapai kesorangan.

2. Terus Ke Bilik Air

Ada juga yang terus ke bilik air untuk mandi, gosok gigi atau kemaskan diri. Hurm... Bukanlah sesuatu yang tak boleh sebab mahu bersihkan diri. Tapi lebih molek kiranya bersama luangkan masa untuk berbual dengan pasangan anda dikatil.

5 Perkara Yang Tak Patut Dilakukan Selepas Bersama

3. Main Handphone

Ini ramai yang buat. Tahulah handphone korang canggih manggih. Tapi tak payah lah. Letaklah tepi dulu handphone tu. Abaikan la Facebook ke, IG ke, Whatapps ke, COC ke. Temankan pasangan dulu. Apa perasaan korang kalau partner korang main handphone dan abaikan korang lepas seks?

4. Menonton TV

Walaupun ada cerita kartun Dragonball z yang korang suka kat TV tu. Abaikan dulu TV tu. Sama juga cam Handphone tadi. Spent time together beb.

5. Sibuk Tanya Pasal Performance

Tak payah lah sibuk nak tanya 'power tak saya', walaupun kau dah main dekat 5 jam kesan sapu Gambir Emas ke Gambir Sarawak ke makan ma'ajun Tongkat Ali ke. Tak payah beb. 

Rileks je, lepak dan layan partner kau.

Kalau dia nak puji dia akan puji performance kau. Tak perlu tanya pun


Friday, 7 July 2017

Cara Menggantikan MCB Di Rumah

Saya bukan orang elektrik dan memang takut dengan elektrik. Walaupun ada pengalaman bekerja dengan 132kV dan 235kV tapi itu bukan satu pengalaman yang memberi kekuatan pada saya untuk bermain dengan elektrik. Berpengalaman dalam projek transmission line dan dalam bidang maintanance sekarang ini bermain dengan Low Voltage untuk tukar MCB (Miniature Circuit Breaker) di rumah memang saya agak takut.

Rupa MCB - sumber google.com
Rupa MCB – sumber google.com

Saya memang tidak pernah tahu cara menggantikan MCB di rumah. Tapi dek kerana tidak tahan plug top dan extension kabel bahagian dapur yang selalu saja terbakar dan menyebabkan trip satu rumah, saya bertanyakan pada seorang kawan yang orang elektrik. Beliau mencadangkan saya meniaktaraf MCB di rumah saya dari 20amp kepada 32amp.
Hasil dari sedikit tunjuk ajar secara teori yang diberikan di pejabat oleh kawan saya tentang cara menggantikan MCB. Saya cuba memberanikan diri unutk menggantikan MCB, mulanya saya dapatkan MCB di kedai hardware berdekatan. Harga MCB 32amp saya dapatkan dalam harga RM7.00 untuk satu unit. Saya beli untuk 4 unit MCB.

Cara Menggantikan MCB Di Rumah

1. Matikan semua perkakasan elektrik di rumah terlebih dahulu. Jangan matikan di main switch untuk elakkan barangan elektrik rosak. Selepas semua pekakasan dimatikan baru matikan di main switch.

Rupa MCB sebelum dibogelkan
Rupa MCB sebelum dibogelkan

2. Bukakan skru penutup dan tanggalkan penutup MCB. Sekarang boleh lihat kabel-kabel berseliratan.

Rupa yang selepas dibogelkan
Rupa yang selepas dibogelkan

3. Longgarkan skru pengikat basbar pada bahagian bawah MCB. Untuk tanggalkan basbar, kesemua skru setiap unit MCB mesti dilonggarkan. Kemudian keluarkan basbar.

Rupa basbar MCB
Rupa basbar MCB
Rupa Basbar yang melekat pada MCB
Rupa Basbar yang melekat pada MCB. Basbas yang berwarna coklat tembaga.

4. Longgarkan skru kabel pada bahagian atas MCB dan tanggalkan MCB tersebut. Untuk tanggalkan MCB, kita perlu menarik klip keselamatan pada bahagian bawah MCB.
5. Selepas tanggalkan MCB lama dan masukkan MCB baru yang ingin dinaiktaraf atau digantikan.
6. Ketatkan kabel pada bahagian atas dan pasangkan klip keselamatan dengan kemas agar MCB tidak terjatuh dan kemas.

Pastikan kabel benar benar ketat
Pastikan kabel benar benar ketat

7. Selepas semua MCB yang ingin digantikan selasai diganti, pasangkan semula basbar dan ketatkan kembali basbar dan pasangkan semula penutup.
8. Hidupkan kembali semua switch dan boleh hidupan kembali semua pekakasan elektrik dirumah kita.
Berapa lama masa diambil untuk gantikan MCB? Tak lama pun sebenarnya. Dalam 30 minit boleh siapkan semua kerja jika tiada masalah.
Sedikit lagi tips tambahan yang saya ingin kongsikan berkaitan dengan MCB ini adalah:
  • Pastikan basbar adalah seperti gambar iaitu kepiangan cooper diatas bukannya loop menggunakan kabel. Kerana terdapat juga kes yang mana basbar menggunakan kabel, ini adalah bahaya.
  • Kabel tidak diketatkan. Selepas selesai saya menggantikan MCB di rumah saya dapati rumah saya tiada elektrik selepas diperiksa rupanya terdapat kabel yang tercabut. Kabel ini tidak diketatkan oleh pemaju asal. Selama 5 tahun rumah ini didiami dengan kabel MCB tidak diketatkan. Nasib baik tiada apa yang berlaku. Keadaan sebegini boleh menyebabkan litar pintas dan kebakaran.
  • Pastikan kabel tidak bersentuh satu sama lain.
Selamat mencuba…

Tuesday, 13 June 2017

Agen Takaful Penipu

Ya tiga mahkluk yang tak boleh dipercayai kecuali kau dah kenal lama diaorang ni.

1. Agen insurans
2. Broker jual kereta
3. MLM - termasuk AC Mizal.

Itu hari kawan aku di Melaka, Amelia tulis di facebook, pasal kena tipu dengan agen insurans. 
Aku tak tahu sama ada aku nak gelakkan dia atau nak simpati. 
Aku nak gelak sebab agen insurans ni memang ramai yang nampak duit kita jek. 
Aku simpati sebab Amelia ni ada kedai nasi beriyani Haji Thamby sangat sedap di Padang Temu Melaka. Haha. Sedap dowh. 
Pertama kali aku pergi sana, masa shooting Bersamamu, dijamu sampai nak pecah perut aku.

Setahun kau !!!! Amelia dapat tahu bila Customer Service company insurans tu call diaorang dan beritahu, polisi mereka anak beranak dah lapse setahun! Mahu tak seriau jantung! Eh jantung seriau eh?


Aku terus letakkan komen kat status FB Amelia ni. M
asa aku tulis komen aku, perasaan meluap luap seperti air rebus telur. Blurp blurp blurp. 

The wonderful family di Padang Temu Melaka. Percaya tak, aku kenal mereka dari blog longkang ni

Aku sempat telefon Amelia dan suaminya yang sangat baik - Nazli. (Ya, Amelia, kau pun baik. hahaha.. tapi mulut kekadang macam longkang macam aku. hahahahaha).

Bila aku berbual dengan mereka ni, aku rasa agen insurans tu sangat bernasib baik sebab mereka ni bukanlah jenis macam aku. Aku dah cadangkan pada mereka suruh pegi buat report polis, pastu hantarkan salinan pada Bank Negara. 
Setakat yang aku tahu, Bank Negara sangat sangat efektif kalau kita complaint kat diaorang. 
Industri insurans adalah di bawah bidang kuasa Bank Negara. 
Aku pun siap siap call kekawan kat Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, nak mintak tolong apa yang patut sebab ini kes tipu. 

Tetapi, Amelia dan Nazli buat keputusan untuk tidak membuat laporan polis.

Yang bestnya, selepas Amelia dan suami dah tahu kelentong kelapa parut agen insurans tu, boleh pulak mamat tu datang kononnya nak kutip monthly payment untuk policy mereka anak beranak.

Amelia dan suami dapat tahu dua hari sebelum mamat tu datang ke kedai mereka di Padang Temu Melaka.

Dengan gaya memandu Mercedez, ya, mamat tu bawak Mercedez, dan penuh yakin, dia datang jumpa Amelia dan Nazli. 
Agak agak apa berlaku?

1. Kena ikat dan dilumur dengan minyak masak kemudian diletakkan kerengge.
2. Kena hempuk dengan periuk belanga
3. Kena baling dengan senduk

Kalau aku, aku pilih tiga tiga tu. Hahaha. 
Tapi Amelia dan Nazli orangnya sangat bersabar. 
Duduk, sound mamat tu slow slow. 
Boleh tak, mamat tu tak ngaku, dan masih nak kelentong kata kat Nazli yang duit mereka tu semua masuk satu tabung lain. Kepala ***** tabung kau. Hahahahah. Tak, mereka tak cakap macam tu. 

Tapi aku rasa macam nak marah Amelia dengan Nazli sebab tak ajak aku masa mamat tu datang. 
Kalau aku ada, mesti aku dah ketuk kepala mamat tu. 
Tulah kan, nasib baiklah kau mat.

Lastly, mamat tu selepas ditunjukkan segala dokumen yang polisi mereka dah lapse, barulah nak ngaku dan berjanji akan pulangkan duit mereka. 
Tapi entah, aku sendiri tak yakin yang mamat tu akan pulangkan. 
Kalau dia pulangkan, entah entah duit yang dia dapat tu dari penipuan dia pada orang lain pulak.

Ini ayat aku pada Amelia dan Nazli: "kita ni selalu pikir nak tolong orang Melayu, tapi selalunya orang Melayu lah selalu lupa diri, lupa langit dan bumi," pedas kan.

Last sekali, memandangkan aku sendiri pernah mengalami pengalaman hampir sama dengan agen insurans Melayu dari Etiqa, aku sendiri dah cakap pada semua kekawan aku, jangan percaya pada agen insurans Melayu sebab mereka ni semua kaki kapur. 
Dan kalau kau agen insurans, jangan marah eh sebab itulah hakikatnya.

Sebelum diaorang dapat duit kita, bukan main elok jek mulut diaorang. 
Lebih manis dari cara kita mengayat perempuan. Lebih manis dari durian Segamat. 
Bila dah dapat, telefon pun tak berjawab.

Sejak 2001, aku masih lagi lekat pada ING Insurance. Dan agen aku bernama Andy Low. 
Bagus mamat ni. Dua tiga kali aku masuk hospital, dia dah macam girlfriend aku dok call tanya khabar aku. 
Kan best macam tu. Sekarang pun dah ada agensi sendiri. Aku anak beranak amik insurans dengan dia. 

Kalau kau nak, aku boleh rekomenkan. Janji tak kena kapur.


Sumber sini.