Tuesday, 20 February 2018

I_CIty shah alam antara port best

Perancangan asal adalah ingin bercuti bersama keluarga ke Melaka, tapi terpaksa aku batalkan kerana anak aku yang bongsu masih tidak sihat.
Sebenarnya sudah lama merancang untuk berkunjung ke I-City Shah Alam sebenarnya, dah janji dengan anak anak untuk bawa mereka berhibur di I-City Shah Alam.
Last aku pergi ke sana adalah 5-6 tahun yang lepas, masa tu hanya ada pokok lampu bercahaya sahaja, bangunan pun masih banyak yang tiada, permainan fun fair pun masih kurang. Masa aku pergi dulu parking pun di tanah kosong je, batu kelikir je, tiada premix atau tar lagi masa tu.
Anak Suka Sangat Berhibur Di I-City
Anak aku memang suka tempat macam I-City ni, Ya lah kalau ke Mall pun semua benda ingin dicubanya apatah lagi bila semua benda tu ada di I-City.
[caption id="" align="aligncenter" width="374"]Ferris Wheel kan ni?

Sakan diorang bermain. Apa-apa sajalah adik abang. Asal adik abang gembira papa mama pun gembira.
Banyak permainan yang mereka main, jenuh aku pun nak melayan. Hahaha. Tapi mama dia yang banyak layan. Aku cam biasa malas.
Tapi aku bukan nak cerita pasal anak aku berhibur sangat tapi lebih pada teguran dari kaca mata aku.

Review Filem Black Panther. Mesti Tonton

Hujung minggu lepas penuhi permintaan anak sulung aku yang nak tengok sangat Black Panther, puas aku pujuk tengok
makluk hijau cacat pelik cam puaka niyang rapik Badang. Siap aku promo ni filem terbaik dalam sejarah filem Malaysia, anak aku tetap tak percaya.
Sori brader, anak aku yang umur 7 tahun pun tahu kualiti filem. Movie Abang Long Fadil 2, Boboiboy dan Upin Ipin Jeng Jeng… mau je dia tengok tapi tidak filem
Bongok    Badang



Movie Black Panther Best… Movie Terbaik Marvel?
Mulanya agak kurang semangat nak menonton filem Black Panther bila ramai review cakap filem ni membosankan. Tapi aku dah tonton cakap sebaliknya.

Negara Wakanda terbentuk dari penyatuan 5 puak di benua Afrika selepas penemuan Vibranium yang terhempas dalam kawasan mereka. Dalam 5 puak ini, puak Jibari telah mengambil langkah berkecuali.

Monday, 12 February 2018

Keputusan Penuh AJL32 (Anugerah Juara Lagu ke 32)... Jampi Menang Tapi Amboi Paling Memukau

Anugerah Juara Lagu ke 32 telah berlangsung semalam. Bagi AJL adalah antara angerah yang aku suka tengok sejak dari dulu lagi. Ya lah aku pun dah tua bai. Anak anak tahun 80-an, TV3 dan RTM je yang kami ada.
Keputusan AJL32

Bukan cam sekarang semua channel ado. Macam-macam ado.

Dalam AJL ni yang aku suka biasa opening dan penutup dia. Opening bagi aku totally out, aku tak faham kenapa Stacy opening. Kalau bagi otai legend mesti lagi gempak. 

Petikan AG Coco dengan Edrie Hashim aku ingatkan rockers yang keluar sekali keluar Bo...Bo...Bosan... dari Stacy. Damn.

Penutup pun kira ok lah, masuk zaman Pop Yeh Yeh. Tengok gaya macho A. Rahman Hassan memang sempoi abes beb. Masuk Awie nyanyi pop yeh yeh buat aku tergelak. Then Siti Sarah dan Jefridin.

Tuesday, 6 February 2018

Safet and health: Bekerja Di Tempat tinggi Rule and Regulation


Bagi sesiapa yang bekerja di tempat tinggi atau bekerja dalam industri ingat, ada undang-undang melindungi kalian semua iaitu dalam ‘Occupational Safety and Health Act (OSHA) 1994 : Akta 514’ iaitu :
Majikan
  1. Seksyen 15 (1) – Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk memastikan, setakat praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya.
  2. Seksyen 15(2)(e) – pengadaan dan penyenggaraan persekitaran bagi pekerja-pekerjanya yang, setakat yang praktik, selamat, tanpa risiko kepada kesihatan, dan memadai berkenaan dengan kemudahan bagi kebajikan mereka yang sedang bekerja.
  3. Penalti Seksyen 19 – Melakukan suatu kesalahan apabila disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Pekerja
  1. Seksyen 24(1)(a) – untuk memberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan atau peninggalannya semasa bekerja
  2. Seksyen 24(1)(C) – untuk memakai dan menggunakan pada sepanjang masa apa-apa kelengkapan atau pakaian perlindungan yang diadakan oleh majikan bagi maksud mencegah apa-apa risiko kepada keselamatan dan kesihatannya
  3. Seksyen 24(1)(D) – untuk mematuhi apa-apa arahan atau langkah tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diperkenalkan oleh majikannya atau mana-mana orang lain melalui atau di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat dibawahnya.
  4. Penalti Seksyen 24(2) – seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah melakukan sesuatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM1000 atau dipenjarakan selama tidak lebih 3 bulan atau kedua-duanya.
Itu adalah sebahagian OSHA yang melindungi para pekerja yang bekerja di tempat tinggi. Jadi adalah menjadi tanggung jawab kedua-dua majikan dan pekerja untuk memastikan mereka adalah dalam keadaan selamat. Kegagalan mematuhinya akan menyebabkan mereka boleh dikenakan penalti jika disabitkan kesalahan.
Untuk bekerja ditempat tinggi, pada ketinggian 3 meter atau lebih dari aras bawah mesti memakai PPE yang sesuai sebelum memulakan kerja.
 Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) bagi Bekerja di Tempat Tinggi




  • Topi keselamatan (safety helmet) yang sesuai
  • Kasut keselamatan (safety shoe)
  • Safety Harness (Abah-abah) – Jangan menggunakan safety belt kerana banyak kes terjatuh yang maut dan cedera parah walaupun memakai safety belt. Perlindungan safety belt adalah tidak menyeluruh. Masih banyak syarikat membekalkan safety belt kerana ianya lebih murah.

Sumber daddydee

Warung Jalanan Yang Popular di China, Kalau ada kat Malaysia korang minat ke? Hahahahha

Sebuah warung jalanan di China dikatakan menjadi tumpuan ramai pengunjung. Ramai yang suka makan di sini kata nya.

Menu cuma berasakan sup saja tapi ramai yang sukakanya.

Nak tahu kenapa? Jom tengok.
Kalau korang pergi ke kedai camni? Hahahha

Sunday, 4 February 2018

Sewa Rumah Anda Terlalu Mahal? Fikirkan Semula

Rumah flat ini kelihatan  cantik dari luarnya bukan?

Rumah Flat di Hong Kong
Di Malaysia sewa rumah di Kuala Lumpur bersaiz 600-800sqft untuk rumah flat berharga diantara RM500 - RM1,000 ringgit. Sekurang boleh dapat 2bilik 2bilik air.

Thursday, 1 February 2018

Kolabrasi Terbaru G-Shcok

Sabotage atau SBTG yang berasal dari Singapore telah diberi peluang untuk berkolabrasi dengan G-Shock. Kolabrasi SBTG x G-Shock adalah untuk model DW-5750E sempena dengan 35th G-Shock Anniversary.
SBTG 
SBTG

Pengasa SBTG, Mark Ong memilih warna hijau dengan paparan muka depan jam camo hijau leopard yang juga merupakan identiti SBTG.

Warna hijau matte pada bahagian buckle dan band, camo hijau leopard pada paparan muka jam dan bull bar berwarna hitam. Pada bahagian belakang jam terdapat ukiran logo SBTG dan slogan 'Destroy to Create'.

Aubameyang Sertai Arsenal

Pemergian Alexis Sanchez sememangnya adalah sesuatu yang sudah diduga sejak dari awal musim lagi. Malah dari musim lepas sudah ada rumor tentang Sanchez dan Mesut Ozil yang mungkin akan meninggalkan Arsenal.

Sememangnya agak kecewa apabila Arsenal kerap kehilangan ramai pemain bertaraf bintang seperti Robin Van Persie, Fabregas dan terkini Alexis Sanchez.

Henrikh Mkhitaryan 
Henrikh Mkhitaryan

Alexis Sanchez telah menyertai Manchester United secara pertukaran dengan Henrikh Mkhitaryan. Mkhitaryan telah membuat kemunculan kali pertama pada perlawanan semalam menentang Swansea dengan manyaksikan Arsenal tewas 1-3 ditangan Swansea.