Tuesday, 20 February 2018

Review Filem Black Panther. Mesti Tonton

Hujung minggu lepas penuhi permintaan anak sulung aku yang nak tengok sangat Black Panther, puas aku pujuk tengok
makluk hijau cacat pelik cam puaka niyang rapik Badang. Siap aku promo ni filem terbaik dalam sejarah filem Malaysia, anak aku tetap tak percaya.
Sori brader, anak aku yang umur 7 tahun pun tahu kualiti filem. Movie Abang Long Fadil 2, Boboiboy dan Upin Ipin Jeng Jeng… mau je dia tengok tapi tidak filem
Bongok    Badang



Movie Black Panther Best… Movie Terbaik Marvel?
Mulanya agak kurang semangat nak menonton filem Black Panther bila ramai review cakap filem ni membosankan. Tapi aku dah tonton cakap sebaliknya.

Negara Wakanda terbentuk dari penyatuan 5 puak di benua Afrika selepas penemuan Vibranium yang terhempas dalam kawasan mereka. Dalam 5 puak ini, puak Jibari telah mengambil langkah berkecuali.


Negara Wakanda telah membangun pesat dalam berselindung dari dunia luar menggunakan Vibranium. Wakanda mengambil langkah berkecuali untuk melindungi rakyat mereka dan penyalahgunaan Vibranium.
Pada tahun 1992, T’Chaka telah membunuh N’Jobu untuk menyelamatkan Zuri. N’Jobu adalah adik kepada T’Chaka yang dilantik sebagai perisik di US. Kematian N’Jobu telah menyebabkan Erik Killmonger berdendam dan ingin merampas taktha Wakanda.
Movie ni berkisar tentang perlantikan T’Challa sebagai raja baru Wakanda selepas kematian bapanya T’Chaka (dalam movie Civil War). Dalam ritual perlantikan raja Wakanda, puak-puak dalam Wakanda boleh mencabar perlantikan dalam bentuk beradu tenaga.
M’Baku dari puak Jabari telah bertindak mencabar T’Challa tapi berjaya ditewaskan oleh T’Challa. Cam biasa hero kalah dulu.
Selepas pertabalan T’Challa sebagai raja Wakanda. Pihak Wakanda telah mendapat tahu Klaue akan melakukan urusniaga menjual kepala kapak Vibranium yang telah dicuri nya di Korea. Black Panther merangka untuk menangkap Klaue yang telah mencuri Vibranium Wakanda dan pernah mengebom sempadan Wakanda.
Black Panther gagal dalam misi kali ini.
Erik Killmonger telah muncul wira dihati Wakanda apabila berjaya membawa mayat Klaue ke Wakanda.
Killmonger telah bertindak mencabar T’Challa sebagai raja. Dan dalam cabaran ini T’Challa telah kalah dan dibunuh.
Dengan bantuak Shuri, Okaye, M’baku, Ejen K.Ross dan Nakia dapatkah Black Panther yang telah hidup dalam buangan untuk merampas kembali taktha Wakanda.


Kalau selama ini tengok teknologi Iron Man rasa sangat teruja. Jom saksikan bagaimana hebatnya Teknologi Black Panther.
Overall, movie ni memang best. Sangat menghiburkan.

Sumber daddydee

No comments:

Post a Comment