Sabotage atau SBTG yang berasal dari Singapore telah diberi peluang untuk berkolabrasi dengan G-Shock. Kolabrasi SBTG x G-Shock adalah untuk model DW-5750E sempena dengan 35th G-Shock Anniversary.
SBTG
Pengasa SBTG, Mark Ong memilih warna hijau dengan paparan muka depan jam camo hijau leopard yang juga merupakan identiti SBTG.
Warna hijau matte pada bahagian buckle dan band, camo hijau leopard pada paparan muka jam dan bull bar berwarna hitam. Pada bahagian belakang jam terdapat ukiran logo SBTG dan slogan 'Destroy to Create'.
Lampu backight juga ada memaparkan slogan 'Destroy To Create'.
G-Shock DW 5600 Camo Hasil Kolabrasi SBTG x G-Shock
Jam G-Shock ini adalah sebahagian dari koleksi yang turut dikeluarkan bersama dengan baju, cap dan papan skate. Peminat boleh memilih untuk mendapatkan jam sahaja atau koleksi penuh.
Koleksi Penuh SBTG
Harga untuk jam sahaja dianggarkan USD249 (RM970+-) atau koleksi penuh dengan harga USD499 (RM1450+-). Model ini akan mula dipasarkan di Singapore, Thailand, Malaysia dan Indoesia pada 3 Februari dan pasaran seluruh dunia pada 12 Februari 2018.



No comments:
Post a Comment