Pemergian Alexis Sanchez sememangnya adalah sesuatu yang sudah diduga sejak dari awal musim lagi. Malah dari musim lepas sudah ada rumor tentang Sanchez dan Mesut Ozil yang mungkin akan meninggalkan Arsenal.
Sememangnya agak kecewa apabila Arsenal kerap kehilangan ramai pemain bertaraf bintang seperti Robin Van Persie, Fabregas dan terkini Alexis Sanchez.
Henrikh Mkhitaryan
Alexis Sanchez telah menyertai Manchester United secara pertukaran dengan Henrikh Mkhitaryan. Mkhitaryan telah membuat kemunculan kali pertama pada perlawanan semalam menentang Swansea dengan manyaksikan Arsenal tewas 1-3 ditangan Swansea.
Pierre-Emerick Aubameyang Perkuatkan Serangan Arsenal
Sebelum jendela perpindahan Januari ditutup, Arsenal telah mengumumkan penyertaan pemain penyerang yang baru iaitu Pierre-Emerick Aubameyang dengan nilai perpindahan bernilai 56 juta Euro.
[caption id="" align="aligncenter" width="520"]
Aubameyang Perkuatkan Serangan Arsenal
Aubameyang merupakan penjaring terbanyak negara Afrika. Sebelum ini Aubameyang pernah bermain bersama dengan Mkhitaryan di Borussia Dortmund.
Video Gol Aubameyang season 2016/2017
Gandingan Aubameyang dan Lacazatte
Penyertaan Aubameyang diharap dapat mempertajamkan bahagian serangan Arsenal. Dan gandingan Aubameyang dan Lacazatte dihara dapat menyajikan satu corak permainan berbeza dari sebelum ini.
Kalau dilihat dari awal musim 2017/2018, Arsenal dilihat mempamerkan permainan yang hambar sekali.
Diharap gandingan dua penyerang yang mempunyai kelajuan larian ini akan membbuahkan sesuatu buat Arsenal selepas ini selepas ramai pemain tonggak meninggalkan Arsenal.
Untuk musim perpindahan kali ini Arsenal memang kehilangan ramai pemain tonggak antaranya adalah Alexis Sanchez (Manchester United), Theo Walcott (Everton) dan Oliver Giroud (Chelsea).
Sumber daddydee
No comments:
Post a Comment