Tuesday, 9 February 2016

Shaheizy Sam sah jadi suami Syatilla

NIBONG TEBAL: Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Paling Popular BH (ABPBH) 2010, 2012, dan 2014, Shaheizy Sam dan Syatilla Melvin sah bergelar suami isteri pada jam 9 malam tadi di kediaman keluarga Syatilla di Jawi, di sini. 


Dengan sekali lafaz, Shaheizy, 34, sah menjadi suami kepada Syatilla, 25, sambil disaksikan ahli keluarga dan saudara terdekat. 

Majlis akad nikah itu dikendalikan jurunikah, yang juga Pengarah Pusat Transformasi Insan Universiti Sains Malaysia (USM), Datuk Ellias Zakaria, dengan berwalikan bapa Syatilla, Amirol Melvin Abdullah. 


Syatilla menerima mas kahwin RM10,082 bersama tujuh dulang hantaran berbalas sembilan. Majlis pernikahan yang diadakan secara tertutup itu hanya dihadiri teman rapat dan keluarga terdekat. 


Kedua-duanya akan diraikan dalam majlis resepsi di Bukit Jawi Golf Villa, esok. Majlis resepsi pengantin lelaki pula akan berlangsung di Hotel Mandarin Oriental Kuala Lumpur pada 14 Februari.




Saturday, 6 February 2016

Wanita Cantik Dan Seksi... Jangan Tertipu...

Lelaki pasti suka tengok wanita cantik. Malah ada perempuan pun memang suka tengok perempuan cantik betul tak?

Nak nak tengok wanita cantik yang seksi... pheeewwitttt...

Fuyooo....

Jom layan wanita cantik ni...

wanita cantik kan?

Kebaikan Seni Bela Diri

 Seni Silat Gayong Malaysia. 

Seni bela diri adalah seni mempertahankan diri adalah pergerakan tubuh badan pada tahap optimum untuk mempertahankan diri. Memaksimumkan pergerakkan badan.

Friday, 5 February 2016

GSC Dan TGV Batalkan Buka Pawagam Di Kelantan

Hari tu ada dengan war-war kata yang akan buka Pawagam di Kelantan ada yang gembira dan ada yang frust. Aku turut kecewa. Biar tiada pawagam bagi aku Kelantan dah cukup maju.

Pihak TGV ada memaklumkan bahawa merka ada berhubung dengan kerajaan Negeri Kelantan berikutan cadangan untuk membuka pawagam di sana. 

Thursday, 4 February 2016

Hazad Kerja-Kerja Kimpalan

Ramai pekerja yang melakukan kerja kimpalan di luar sana memandang remeh kerja-kerja kimpalan ni. Bagi diorang kerja nie tidak merbahaya. Yup, kerja ni mungkin tidak merbahaya dalam masa terdekat kecuali la kalo selinder gas tue meletup cam gambar kat bawah nie.


Kalau itu yang berada dalam fikiran anda sekanrang. Bermakna anda telah salah. Sebernarnya kerja kimpalan nie banyak bahaya nya. Risiko untuk terbakar kulit jika terkena api, rosak mata akibat pencahayaan melampau dan kerosakan peparu.

Wednesday, 3 February 2016

Kerja Gila... Hanya Di India










Kek Harga RM40,000... Gilo apo?

Dek kerana terpaksa memenuhi pelbagai permintaan yang ditetapkan Didie Alias untuk kek yang ditempah daripada Semanis Fondant, Chef Adu menetapkan nilai harga kek itu dengan jumlah RM40,000.
Menerusi episod 4 Semanis Fondant kali ini mereka perlu menyiapkan sebuah kek khas untuk menjayakan karpet merah Gegar Vaganza yang telah pun berlangsung kurang 2 bulan lalu.
Didie Alias wakil daripada program Gegar Vaganza yang menjadi hos karpet merah pada malam itu ditugaskan untuk menempah kek tersebut daripada team Semanis Fondant.

Namun Didie Alias kelihatan agak terkejut apabila Chef Adu dan Shalma memberitahu jumlah kos dan harga kek itu mencecah RM40,000.
Menurut Chef Adu tempahan kali ini agak rumit kerana pelbagai teknik perlu dimasukkan di dalam kek sebanyak enam tingkat itu.

Najib Razak Menteri Kewangan Yang Paling Teruk Di Asia

Sebuah laman web kewangan Asia baru-baru ini kedudukan Menteri Kewangan Malaysia dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai yang paling teruk tahun ini, berdasarkan kepada beberapa faktor yang menyumbang serta perkembangan baru-baru ini.



Menurut Kewangan Asia, yang menganggap beberapa faktor berbanding mereka bagi 12 bulan yang lalu, kedudukan Najib nombor 12 daripada 12 negara-negara Asia yang berbeza, menjadikan beliau yang sentiasa Menteri Kewangan paling teruk di Asia. Faktor-faktor yang dipertimbangkan termasuk bagaimana dana Menteri berjaya dan pembaharuan dibuat, apakah persepsi pelabur serta kemerdekaan daripada menteri lebih berkuasa lain, dan juga kesediaan untuk berjuang untuk kepentingan umum.

Tidak mengejutkan kedudukan Najib sebagai kedua-dua Perdana Menteri dan Menteri Kewangan adalah satu faktor yang menyumbang besar ke arah kemerdekaan position, bagaimanapun salah satu faktor terbesar yang disebutkan oleh Finance Asia telah skandal 1MDB yang telah melanda Najib sejak pilihan raya lalu.

Siasatan sedang dijalankan ke atas skandal itu telah menyebabkan banyak kekacauan di mata pelabur, menjadikan Malaysia walaupun kurang menarik sebagai destinasi pelaburan dalam menghadapi kegawatan ekonomi di rantau ini, dilaporkan artikel. Menurut Moody, pelabur asing menarik diri kira-kira RM 24.5 bilion pada suku ketiga 2015, dan yang telah dibuat memburukkan apabila Ringgit menyusut nilai pada kadar yang pesat, kehilangan 19% tahun lepas kepada ia tahap terendah pada tahun 1997.


Beberapa dasar yang diperkenalkan tahun lepas juga telah menyebabkan harga barang bertambah dengan pesat, melemahkan eksport dan mata wang cepat susut nilai membuat perkara yang lebih buruk. Ramai rakyat Malaysia kelas pertengahan telah mengambil aduan kepada ruang media sosial, dan banyak lagi percaya bahawa Najib adalah melakukan suatu skandal 1MDB, walaupun penyiasat tempatan mengumumkan sebaliknya.

Awas Bahaya Virus Zika...Jaga Jaga


Ahmad Bashah Ganti Mukhriz

ALOR SETAR: ADUN Bakar Bata, Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanipah diumumkan sebagai Menteri Besar Kedah baharu. 

Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Bakar Din, berkata majlis angkat sumpah akan berlangsung di Istana Anak Bukit, jam 10 pagi esok. 

"Datuk Seri Mukhriz Mahathir meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar pada 3 Februari, ...berikutan itu Jemaah Pemangku Sultan Kedah memperkenan Datuk Seri Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar baharu.

 "Pelantikan Ahmad Bashah sebagai Menteri Besar adalah selaras dengan Fasal (1) Perkara 35 Undang-undang Tubuh Kerajaan Kedah," katanya.

                                                                                              


Akhirnya berjaya misi badut ni.

Tahniah UMNO.

20 Fakta Menarik Tentang Maria Ozawa

This summary is not available. Please click here to view the post.

Mukhriz bakal diganti...

ALOR SETAR: Krisis politik Kedah yang berlarutan sehingga kira-kira dua minggu berakhir apabila Menteri Besar, Datuk Seri Mukhriz Mahathir kini sah akan digantikan dengan pemimpin lain. 

Mukhriz dikatakan sudah dimaklumkan oleh pihak istana dan beliau akan mengadakan sidang media di Bilik Gerakan Negeri Wisma Darul Aman, jam 10 pagi ini berhubung keputusan itu. 
Mukhriz Bakal diganti


BH menerima notis mengenai sidang media itu daripada Setiausaha Akhbarnya, Mohd Fisol Jaafar, jam 11.30 malam tadi tetapi beliau enggan mengulas lanjut. 

Pegawai Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri, ketika dihubungi pula meminta pihak media bersedia untuk satu sidang media hari ini, tetapi tidak memberikan butiran lanjut. 

Walaupun tiada pengumuman rasmi dibuat, kebanyakan wakil rakyat khususnya Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) memberikan gambaran mengenai perubahan tampuk pentadbiran negeri itu yang bakal menyaksikan Mukhriz diganti. 

Menurut mereka, kemelut politik negeri semakin hampir ke penghujung dan harapan melihat pembaharuan pentadbiran seperti disuarakan dalam sidang media di Hotel Grand Alora, di sini pada 20 Januari lalu makin pasti dicapai.   

Seorang ADUN memberitahu BH, Jemaah Pemangku Sultan Kedah telah membuat keputusan selepas semua 21 ADUN Barisan Nasional (BN) dan 15 pembangkang dipanggil menghadap semalam dan kelmarin. 

Katanya, secara prinsip Mukhriz akur dengan kehendak parti dan bersedia melepaskan jawatan manakala Jemaah Pemangku Sultan Kedah selepas menemui semua ADUN membuat kesimpulan bahawa Mukhriz hilang sokongan majoriti. 


"Berdasarkan maklumat diterima, Jemaah Pemangku Sultan Kedah dimaklumkan berpuas hati dengan kenyataan semua ADUN yang dipanggil menghadap dan kita hanya menunggu keputusan penting yang akan diumumkan Setiausaha Kerajaan (SUK) Negeri Kedah, dalam tempoh terdekat.

                                                                                       

Jika benar berita yang dikhabarkan ini maka hilanglah demokrasi di Malaysia.

UMNO juga diambang kehancuran dibawah kepimpinan pemimpin yang zalim.

Semoga Allah swt makbulkan doa seluruh rakyat Malaysia untuk menamakan pemerintahan yang zalim ini.


Tuesday, 2 February 2016

Ola Bola Filem Terbaik Bagi Aku

Filem 'OlaBola' yang mula ditayangkan pada 28 Januari lalu menerusi 126 pawagam di seluruh negara dan Brunei, berjaya mengutip RM2.5 juta dalam tempoh empat hari. 

Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan ,berkata filem fiksyen sentuhan pengarah Chiu Keng Guan itu mendapat sokongan dan reaksi positif rakyat Malaysia. 
Filem paling best: Ola Bola


"OlaBola turut memberikan impak besar di laman sosial dan menjadi trending di laman twitter sebanyak enam kali. 

"Istimewanya, rata-rata tweet di laman Twitter dibanjiri oleh pemilik akaun dari pelbagai lapisan rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, di sini, malam ini. 

Tan berkata, filem itu bukan hanya memaparkan sukan bola sepak, malah menonjolkan semangat perpaduan di Malaysia. 

Diilhamkan daripada kisah benar, OlaBola mengisahkan semangat juang pemain bola sepak negara yang pernah mengharumkan nama Malaysia apabila layak ke Sukan Olimpik Moscow, Russia pada tahun 1980. 

Filem ini menampilkan aktor hebat, Bront Palarae dan Frankie Lee, Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-27.

                                                                  

Bagi yang belum menyaksikan Ola Bola silalah ke pawagam berdekatan. Movie ni memang best. 

Aku malas nak cerita lanjut korang tengok kutipan dia dah cukup nak bagitahu cerita ni memang TERBAIK.

Aku dah tengok, korang bila lagi?

Kumpulan Spin Kembali Dengan Adik Achik Sebagai Vokalis

KUALA LUMPUR: Spin, yang pernah meletup dengan lagu Mengusung Rindu, memilih Awis, yang juga adik bekas vokalis mereka, Achik, sebagai penyanyi baharu kumpulan berkenaan. 


Bersama single terkini berjudul Sakit Terpanah, kumpulan yang popular sekitar 1998 hingga 2005 itu menjadikan penyanyi berusia 30 tahun berkenaan sebagai vokalis selepas mengadakan sesi uji bakat yang menyaksikan beliau antara dua calon akhir mereka. 

Mengikut pemain gitar merangkap ketua kumpulan itu, Aie, penyanyi terbabit dipilih bukan kerana dia ialah adik kepada bekas vokalis mereka, sebaliknya berdasarkan bakat dan kesungguhan ditunjukkan. 
Awis sebagai vokalis baru

"Bukan mudah untuk kami meneruskan perjuangan kumpulan ini selepas ketiadaan Achik. Agak sukar sebenarnya untuk kami mencari vokalis baharu selepas kematiannya.

"Kami cuba mencari semangat lama kumpulan ini. Untuk meneruskan perjuangan, kami mengadakan sesi uji bakat secara tertutup untuk mencari vokalis bersesuaian. Ramai yang datang menghadiri uji bakat, tidak kurang juga yang menghantar demo masing-masing. 

"Selepas saringan dibuat, hanya dua penyanyi layak ke peringkat akhir dan seorang daripadanya ialah adik Achik sendiri. Akhirnya, kami sepakat memilih Awis sebagai vokalis baharu. 

"Selain menunjukkan kesungguhan, kami juga melihat Awis tidak mempunyai niat kurang baik untuk menyertai kumpulan ini," kata Aie sambil memberitahu, sebahagian daripada peserta terbabit berhasrat menjadikan Spin sebagai batu loncatan untuk segera mencipta nama dalam dunia muzik. 

Sementara itu, Awis berkata, dia berasa seperti memikul tanggungjawab besar bagi memastikan nama Spin diterima ramai, seperti yang pernah dilakukan abangnya. Dia turut mengakui agak beremosi sebaik saja mendapat tahu terpilih sebagai vokalis kumpulan berkenaan. 

"Saya akui sangat teruja dan gembira, malah pada masa sama turut sedih mengenangkan arwah yang sudah tiada lagi bersama kita," katanya ketika ditemui pada majlis pelancaran Sakit Terpanah, di sini, baru-baru ini. 

Bagaimanapun, bagi Awis adalah tidak adil untuk peminat membandingkan mereka berdua kerana suara Achik lebih nyaring dan lunak manakala vokalnya dikategorikan sebagai serak basah. 

Single Sakitnya Terpanah yang dirakam pada September tahun lalu adalah ciptaan sepenuhnya Aiman atau lebih dikenali sebagai Zul 2 By 2. Mereka mengambil masa sebulan untuk menyiapkannya sebelum diterbitkan dua bulan kemudian.

Disuruh Tubuh Pasukan Sendiri Ini Respon Dato Seri Vida

Selepas melakukan transformasi dalam bola sepak Kelantan, Dato Seri Dr. Hasmiza Othman menerima banyak cadangan daripada peminat agar menubuhkan pasukan sendiri atau setidak tidaknya memiliki pegangan lebih besar dalam skuad The Red Warriors.


Namun, jutawan kosmetik yang lebih dikenali sebagai Dato Seri Vida menegaskan, beliau belum terfikir untuk memainkan peranan lebih besar dalam bola sepak, biarpun mengakui mempunyai banyak perancangan untuk dilaksanakan bersama Kelantan.

Menaik taraf Stadium Sultan Muhammad IV, mengeluarkan jersi sendiri yang dikenali sebagai DSV (Dato Seri Vida), membina gimnasium bertaraf antarabangsa buat pasukan serta terbaharu, bakal mewujudkan saluran televisyen Kelantan antara pembaharuan yang dibawa wanita berusia 44 tahun itu.

“Saya akui, minat yang mendalam terhadap bola sepak, selain kepakaran dalam melakukan pemasaran (perniagaan) membuatkan saya sering tampil dengan pelbagai idea baharu, tetapi minat saya belum sampai sehingga tahap mahu memiliki pasukan sendiri.

“Saya lebih suka menjalankan kerja di belakang tabir, apatah lagi setakat ini saya tiada masalah bekerjasama dengan Kafa (Persatuan Bola Sepak Kelantan). Biarkan mereka yang mahir dalam bidang mereka menguruskan pasukan,” kata kepada Utusan Malaysia.

Dato Seri Vida yang juga Penasihat Kehormat Kafa berkata, beliau lebih selesa menjadi tulang belakang kepada pasukan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) daripada memilikinya.
“Kafa perlu menerajui dan saya membantu baru boleh menjadi lebih kukuh sebab mereka berpengalaman dalam hal ini (bola sepak), manakala saya lebih ke arah pemasaran dan menjana sumber pendapatan kerana itu kepakaran saya.

“Saya akan menggunakan pengalaman sewaktu mula-mula membina empayar perniagaan dalam Kafa.
“Saya hanya memberi sokongan dan saya boleh jadi tulang belakang itu sudah memadai kerana saya memang nak membantu tapi mereka (Kafa) perlu memberi sokongan kepada produk saya.

“Tidak mengapa (memiliki pasukan sendiri atau kuasa lebih besar) kerana saya semakin serasi bekerjasama dengan Kafa dan walaupun ada percanggahan pendapat itu perkara biasa,” katanya lagi.

Apapun saya doakan yang terbaik DSV, semoga DSV terus maju dan terus membantu agama dan bangsa.