
Kalau itu yang berada dalam fikiran anda sekanrang. Bermakna anda telah salah. Sebernarnya kerja kimpalan nie banyak bahaya nya. Risiko untuk terbakar kulit jika terkena api, rosak mata akibat pencahayaan melampau dan kerosakan peparu.
Kulit terbakar adalah kesan segera yang dapat dilihat jika berlaku kemalangan tapi tidak untuk kerosakan mata dan kerosakan peparu. Ini kerana jangka masa yang lama untuk melihat kesan kerja kimpalan keatas peparu dan mata adalah lama. Mungkin anda akan merasa kesannya selepas 10 tahun.
Tapi mahukah anda kehilangan dua organ penting dalam badan kita ini? Jangan ambil mereka sebagai contoh
Tiada google, glove dan face mask.Risiko untuk peparu anda rosak adalah tinggi jika anda melakukan kerja kimpalan didalam ruang tertutup atau di tempat yang tidak mempunyai sistem pengudaraan yang baik (good ventilation system). Ini kerana 'fume' dan gas dari kerja kimpalan boleh merosakkan peparu. Gunakan topeng muka seperti contoh di bawah bagi melindungi peparu anda

Kerosakan mata yang biasa dihadapi oleh perkerja kimpalan adalah katarak. Penyakit ini berpunca dari pencahayaan melampau dari kerja-kerja kimpalan. Kanta mata akan diselubungi oleh selaput kelabu yang akan menjadikan penglihatan anda kabur.

Sebolehnya untuk kerja kimpalan pakaian keselamatan seperti gambar dibawah adalah disarankanJangan sesekali membahayakan nyawa anda. Tiada nilai ganti nyawa dengan wang.
Don't ever risk your life. Safety First.
Safety for Life!!!
No comments:
Post a Comment