Seni Silat Gayong Malaysia.
Sumber: gayong-plku.com.my
Capoeira berasal dari Brazil.
Sumber: google.com
Seni bela diri banyak kebaikannya, selain dari mendapat ilmu bagi mempertahankan diri apabila dalam kecemasan atau keadaan yang terancam. Seni bela diri boleh mendapatkan tubuh badan yang sihat. Seni bela diri juga adalah sejenis senaman.
Judo mementingkan teknik balingan dan jatuhkan lawan.
Sumber: google.com
Bagi aku juga seni bela diri juga dapat mendisiplinkan diri kita. Kerana dalam latihan seni bela ketepatan masa dalam sesuatu pergerakan dan keseragaman. Lagi pun bila dah masa kita sibuk dengan aktiviti berpesatuan kita pasti tiada masa lagi ngan buat aktiviti yang tidak berfaedah cam penagihan dadah dan masalah sosial lain.
Selain itu seni bela diri boleh juga jadi punca pendapatan tambahan. Caranya adalah dengan mengajar kelas seni bela diri dan juga dengan masuk pertandingan pertandingan.
Keburukan nya pula bagi aku adalah sekira nya ilmu seni bela diri itu disalah gunakan. Bila seni bela diri digunakan untuk aktiviti samseng dan lain-lain.
Bagi aku, walaupun ada senapang atau pistol pun, seni bela diri adalah tetap penting. Dalam dunia yang penuh mencabar ini, bermacam dugaan yang akan kita hadapi, sekurangnya dapat kita pertahankan diri. Menyelamatkan nyawa dari ancaman nyawa.
Baik silat, taekwando, karate, muay thai, judo, capoeira, mahupun kung fu semuanya sama sahaja. Basic dan tujuan adalah sama untuk memepertahankan diri dengan pergerakan badan yang optimum.
Singkirkan lah pendapat bahawa seni bela diri adalah ganas. Kerana ianya baik untuk badan.




No comments:
Post a Comment