Ketua Pegawai Operasi Astro, Henry Tan ,berkata filem fiksyen sentuhan pengarah Chiu Keng Guan itu mendapat sokongan dan reaksi positif rakyat Malaysia.
![]() |
| Filem paling best: Ola Bola |
"OlaBola turut memberikan impak besar di laman sosial dan menjadi trending di laman twitter sebanyak enam kali.
"Istimewanya, rata-rata tweet di laman Twitter dibanjiri oleh pemilik akaun dari pelbagai lapisan rakyat Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, di sini, malam ini.
Tan berkata, filem itu bukan hanya memaparkan sukan bola sepak, malah menonjolkan semangat perpaduan di Malaysia.
Diilhamkan daripada kisah benar, OlaBola mengisahkan semangat juang pemain bola sepak negara yang pernah mengharumkan nama Malaysia apabila layak ke Sukan Olimpik Moscow, Russia pada tahun 1980.
Filem ini menampilkan aktor hebat, Bront Palarae dan Frankie Lee, Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia (FFM) ke-27.
Bagi yang belum menyaksikan Ola Bola silalah ke pawagam berdekatan. Movie ni memang best.
Aku malas nak cerita lanjut korang tengok kutipan dia dah cukup nak bagitahu cerita ni memang TERBAIK.
Aku dah tengok, korang bila lagi?

No comments:
Post a Comment