Friday, 5 February 2016

GSC Dan TGV Batalkan Buka Pawagam Di Kelantan

Hari tu ada dengan war-war kata yang akan buka Pawagam di Kelantan ada yang gembira dan ada yang frust. Aku turut kecewa. Biar tiada pawagam bagi aku Kelantan dah cukup maju.

Pihak TGV ada memaklumkan bahawa merka ada berhubung dengan kerajaan Negeri Kelantan berikutan cadangan untuk membuka pawagam di sana. 


“Ya, kami ada berhubung dengan kerajaan Kelantan untuk mendapat tahu tentang keperluan perlesenan untuk pawagan di Kelantan,” kata salah seorang pengurus besar TGV, Chung Shyh Kwong, kepada Malay Mail Online dalam satu email awal minggu ini.
Dalam satu laporan Sinar Harian baru-baru ini, exco Kelantan Datuk Abdul Fattah Mahmood mendakwa ada tiga syarikat pawagam yang mahu membuka cawangan di Kelantan, namun semuanya tidak kembali meneruskan perbincangan selepas dimaklumkan syarat-syarat pembukaan pawagam.
Antara syarat-syarat di Kelantan termasuklah 
  • pengasingan tempat duduk untuk penonton lelaki dan perempuan,  
  • larangan tayangan semasa waktu Maghrib, malam Jumaat, 
  • ketika bulan Ramadan.
Steadylah kerajaan Negeri Kelantan. Semoga Kelantan terus maju dan makmur.

No comments:

Post a Comment