Monday, 21 May 2018
Friday, 20 April 2018
Nak jadi Jurutera di Malaysia? Baca ni...
Jurutera adalah salah satu pekerjaan professional dalam bidang kejuruteraan yang mengaplikasikan teknologi dan sains untuk membangunkan sesuatu. Jurutera biasanya terlibat dalam membangunkan aplikasi, sistem, mesin, bangunan dan lain lain yang mengambil kira faktor keselamatan dan kos.

Terdapat beberapa pecahan dalam bidang kejuruteraan iaitu Mekanikal, Elektrikal, Kimia dan Awam. Setiap bidang ini mempunyai pengkhususan masing-masing, skop pekerjaan juga berbeza.
Syarat Menjadi Jurutera Di Malaysia
Jurutera di Malaysia adalah tertakluk kepada Akta Pendaftaran Jurutera 1967. Board Of Engineer Malaysia (BEM) bertanggungjawab dalam penyelenggaraan pendaftaran Jurutera Siswazah dan Jurutera Professional. BEM juga penentu serta pengawal tata kelakuan dan kesusilaan bagi mereka yang terlibat di dalam bidang kejuruteraan di Malaysia.
A Graduate Engineer is a person registered under Section 10(1) of the Registration of Engineers Act 1967 (Revised 2015).e.”
Syarat untuk mendaftar sebagai Jurutera Siswazah adalah:
- Mempunyai ijazah dalam Kejuruteraan di Malaysia (boleh semak disini)
- Mempunyai ijazah dalam Kejuruteraan dari Luar Negara. Yang diiktiraf oleh Washington Accord (WA)
- Lepasan dari Kejuruteraan Teknologi
Semua yang diatas perlu mendaaftarkan diri dengan BEM untuk melayakkan mereka untuk praktis Kejuruteraan di Malaysia. Pendaftaran boleh dibuat secara atas talian atau pun secara manual.
Penalti:
Section 24(a) of the Registration of Engineers Act 1967 (Revised 2015): “Any person, sole proprietorship, partnership or body corporate who procures or attempts to procure registration or a certificate of registration under this Act by knowingly making or producing or causing to be made or produced any false or fraudulent declaration, certificate, application or representation whether in writing or otherwise, shall be guilty of an offence and shall, on conviction, be liable to a fine not exceeding fifty thousand ringgit, or to imprisonment for a term not exceeding three years, or to both.”.
Jadi buat yang sudah jadi graduan kejuruteraan, cepatlah mendaftar sebagai Jurutera Siswazah. Dan dah boleh mula merancang untuk ke arah Jurutera Professional selepas itu.
Sumber jurutera.my
Tuesday, 17 April 2018
The Founder Movie Yang Sangat Sesuai Untuk Usahawan
Semalam sempat menonton filem The Founder. Filem ni memang dah lama ada dalam koleksi tapi tak sempat nak tonton. Semalam sempat tengok di Astro.
Bagi para usahawan atau yang baru nak jadi usahawan filem ini adalah wajib tonton.
Filem mengisahkan berkenaan sejarah penubuhan McDonald’s. Pada awalnya McDonald’s adalah sebuah restoren keluarga diasaskan adik beradik Mac dan Dick di sebuah pekan kecil. Ray Kroc kebetulan lalu dan singgah tertarik dengan konsep McDonald’s.
Sedang Ray asyik memerhati cara kerja di dalam McDonald’s, Mack telah mengajak Ray untuk melihat secara lebih dekat operasi McDonald’s. Peluang yang ditunggu tidak ditunggu oleh Ray.
Ray pada awalnya datang mengemukakan pelbagai rancangan pada Mac dan Dick tapi ditolak mentah mentah. Termasuk cadangan membuka lebih banyak cawangan dengan alasan cawangan gagal menjaga kualiti mereka menutup cawangan francais yang dibuka.
Ray seorang yang bercita-cita tinggi, tetap berkeras untuk membuka McDonald’s dengan konsep Francais. Ray telah mengambil keputusan membuka sebuah restoren di kawasan beliau. Ray mendapat persetujuan untuk memegang lesen francais tapi segala keputusan operasi dan menu tetap milik Mac and Dick.
Ray pada mulanya mengajak kawan-kawan yang kaya untuk sertainya. Tapi mereka ini hanya pentingkan keuntungan langsung tidak campur dalam operasi kedai menyebabkan konsep yang dibuka pada awalnya gagal.
Tidak putus asa, Ray mencari golongan pertengahan yang bercita-cita tinggi untuk sama berjaya bersama beliau. Dalam keghairahan membuka lebih banyak caawangan tanpa sedar Ray telah termasuk dalam masalah hutang yang serius.
Kemudian datang seorang pegawai hartanah untuk membantu Ray yang datang dengan konsep McDonald’s sebagai hartanah bukan restoren semata-mata.
Dari sebuah francais biasa, yang mengaut keuntungan melalui percent jualan setiap restoren, sehingga bertukar kepada Hartanah. Setiap restoren baru dibuka perlu menyewa dari McDonald’s. Maknanya dari bekalan barang, SOP dan hingga ke kepada kedai adalah milik McDonald’s.
Ray yang asal orang luar, merampas usaha Mac dan Dick selama 30 tahun.
Filem ini bukan filem aksi tapi lebih pada sejarah perkembangan McDonald’s tapi banyak yang boleh dipelajari dari filem ini.
Friday, 16 March 2018
Turun 4kg Dalam Masa 2 Minggu Ini Yang Aku Amalkan…
Dulu aku rasakan memang sukar untuk turun berat badan. Selera makan aku pun memang lain macam beb. Pantang jumpa yang sedap aku akan sapu habis. Hahahaha…

Dulu aku aktif dalam gym, hari-hari angkat besi dumbell dan lakukan rutin. Berat badan aku berkembang dari 82kg ke 88kg. Tapi otot aku makin padat dan staminat agak ok.
TURUN 4KG DALAM MASA 2 MINGGU INI YANG AKU AMALKAN…
Sejak akhir bulan Januari 2018 aku kembali aktif ke gym, kali ini bukan gym besi aku pilih muay thai gym. Aku sertai keluarga Pejuang Muay Thai di Senawang, Negeri Sembilan.
Alhamdulillah, sepanjang sebulan aku aktif di gelanggang Muay Thai nampak perubahan dari segi stamina aku, walaupun otot tidak padat tapi stamina jauh lebih bagus dari dulu.
Wednesday, 7 March 2018
Tuesday, 20 February 2018
I_CIty shah alam antara port best
Perancangan asal adalah ingin bercuti bersama keluarga ke Melaka, tapi terpaksa aku batalkan kerana anak aku yang bongsu masih tidak sihat.
Sebenarnya sudah lama merancang untuk berkunjung ke I-City Shah Alam sebenarnya, dah janji dengan anak anak untuk bawa mereka berhibur di I-City Shah Alam.
Last aku pergi ke sana adalah 5-6 tahun yang lepas, masa tu hanya ada pokok lampu bercahaya sahaja, bangunan pun masih banyak yang tiada, permainan fun fair pun masih kurang. Masa aku pergi dulu parking pun di tanah kosong je, batu kelikir je, tiada premix atau tar lagi masa tu.
Anak Suka Sangat Berhibur Di I-City
Anak aku memang suka tempat macam I-City ni, Ya lah kalau ke Mall pun semua benda ingin dicubanya apatah lagi bila semua benda tu ada di I-City.
[caption id="" align="aligncenter" width="374"]
Sakan diorang bermain. Apa-apa sajalah adik abang. Asal adik abang gembira papa mama pun gembira.
Banyak permainan yang mereka main, jenuh aku pun nak melayan. Hahaha. Tapi mama dia yang banyak layan. Aku cam biasa malas.
Tapi aku bukan nak cerita pasal anak aku berhibur sangat tapi lebih pada teguran dari kaca mata aku.
Review Filem Black Panther. Mesti Tonton
Hujung minggu lepas penuhi permintaan anak sulung aku yang nak tengok sangat Black Panther, puas aku pujuk tengok
makluk hijau cacat pelik cam puaka niyang rapik Badang. Siap aku promo ni filem terbaik dalam sejarah filem Malaysia, anak aku tetap tak percaya.
Sori brader, anak aku yang umur 7 tahun pun tahu kualiti filem. Movie Abang Long Fadil 2, Boboiboy dan Upin Ipin Jeng Jeng… mau je dia tengok tapi tidak filem
Bongok Badang
Movie Black Panther Best… Movie Terbaik Marvel?
Mulanya agak kurang semangat nak menonton filem Black Panther bila ramai review cakap filem ni membosankan. Tapi aku dah tonton cakap sebaliknya.
Negara Wakanda terbentuk dari penyatuan 5 puak di benua Afrika selepas penemuan Vibranium yang terhempas dalam kawasan mereka. Dalam 5 puak ini, puak Jibari telah mengambil langkah berkecuali.
Monday, 12 February 2018
Keputusan Penuh AJL32 (Anugerah Juara Lagu ke 32)... Jampi Menang Tapi Amboi Paling Memukau
Anugerah Juara Lagu ke 32 telah berlangsung semalam. Bagi AJL adalah antara angerah yang aku suka tengok sejak dari dulu lagi. Ya lah aku pun dah tua bai. Anak anak tahun 80-an, TV3 dan RTM je yang kami ada.
Keputusan AJL32
Bukan cam sekarang semua channel ado. Macam-macam ado.
Dalam AJL ni yang aku suka biasa opening dan penutup dia. Opening bagi aku totally out, aku tak faham kenapa Stacy opening. Kalau bagi otai legend mesti lagi gempak.
Petikan AG Coco dengan Edrie Hashim aku ingatkan rockers yang keluar sekali keluar Bo...Bo...Bosan... dari Stacy. Damn.
Penutup pun kira ok lah, masuk zaman Pop Yeh Yeh. Tengok gaya macho A. Rahman Hassan memang sempoi abes beb. Masuk Awie nyanyi pop yeh yeh buat aku tergelak. Then Siti Sarah dan Jefridin.
Tuesday, 6 February 2018
Safet and health: Bekerja Di Tempat tinggi Rule and Regulation
Bagi sesiapa yang bekerja di tempat tinggi atau bekerja dalam industri ingat, ada undang-undang melindungi kalian semua iaitu dalam ‘Occupational Safety and Health Act (OSHA) 1994 : Akta 514’ iaitu :
Majikan
- Seksyen 15 (1) – Adalah menjadi kewajipan tiap-tiap majikan dan tiap-tiap orang yang bekerja sendiri untuk memastikan, setakat praktik, keselamatan, kesihatan dan kebajikan semasa bekerja semua pekerjanya.
- Seksyen 15(2)(e) – pengadaan dan penyenggaraan persekitaran bagi pekerja-pekerjanya yang, setakat yang praktik, selamat, tanpa risiko kepada kesihatan, dan memadai berkenaan dengan kemudahan bagi kebajikan mereka yang sedang bekerja.
- Penalti Seksyen 19 – Melakukan suatu kesalahan apabila disabitkan kesalahan boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau dipenjara tidak melebihi dua tahun atau kedua-duanya.
Pekerja
- Seksyen 24(1)(a) – untuk memberi perhatian yang munasabah bagi keselamatan dan kesihatan dirinya dan orang lain yang mungkin terjejas oleh tindakan atau peninggalannya semasa bekerja
- Seksyen 24(1)(C) – untuk memakai dan menggunakan pada sepanjang masa apa-apa kelengkapan atau pakaian perlindungan yang diadakan oleh majikan bagi maksud mencegah apa-apa risiko kepada keselamatan dan kesihatannya
- Seksyen 24(1)(D) – untuk mematuhi apa-apa arahan atau langkah tentang keselamatan dan kesihatan pekerjaan yang diperkenalkan oleh majikannya atau mana-mana orang lain melalui atau di bawah Akta ini atau mana-mana peraturan yang dibuat dibawahnya.
- Penalti Seksyen 24(2) – seseorang yang melanggar peruntukan seksyen ini adalah melakukan sesuatu kesalahan dan apabila disabitkan, boleh didenda tidak melebihi RM1000 atau dipenjarakan selama tidak lebih 3 bulan atau kedua-duanya.
Itu adalah sebahagian OSHA yang melindungi para pekerja yang bekerja di tempat tinggi. Jadi adalah menjadi tanggung jawab kedua-dua majikan dan pekerja untuk memastikan mereka adalah dalam keadaan selamat. Kegagalan mematuhinya akan menyebabkan mereka boleh dikenakan penalti jika disabitkan kesalahan.
Untuk bekerja ditempat tinggi, pada ketinggian 3 meter atau lebih dari aras bawah mesti memakai PPE yang sesuai sebelum memulakan kerja.
Peralatan Perlindungan Peribadi (PPE) bagi Bekerja di Tempat Tinggi
- Topi keselamatan (safety helmet) yang sesuai
- Kasut keselamatan (safety shoe)
- Safety Harness (Abah-abah) – Jangan menggunakan safety belt kerana banyak kes terjatuh yang maut dan cedera parah walaupun memakai safety belt. Perlindungan safety belt adalah tidak menyeluruh. Masih banyak syarikat membekalkan safety belt kerana ianya lebih murah.
Sumber daddydee
Warung Jalanan Yang Popular di China, Kalau ada kat Malaysia korang minat ke? Hahahahha
Sebuah warung jalanan di China dikatakan menjadi tumpuan ramai pengunjung. Ramai yang suka makan di sini kata nya.
Menu cuma berasakan sup saja tapi ramai yang sukakanya.
Nak tahu kenapa? Jom tengok.
Menu cuma berasakan sup saja tapi ramai yang sukakanya.
Nak tahu kenapa? Jom tengok.
Kalau korang pergi ke kedai camni? Hahahha
Monday, 5 February 2018
Gambar Gambar Kemalangan Pelik Yang Pernah Terjadi... Yang Last Paling Pelik
Kemalangan boleh terjadi di mana-mana tanpa kita undang pun. Tapi kemalangan yang pelik jarang kita dapat tengok kan?
Ni antara gambar kemalangan yang pelik
Ni antara gambar kemalangan yang pelik
Sunday, 4 February 2018
Sewa Rumah Anda Terlalu Mahal? Fikirkan Semula
Thursday, 1 February 2018
Kolabrasi Terbaru G-Shcok
Sabotage atau SBTG yang berasal dari Singapore telah diberi peluang untuk berkolabrasi dengan G-Shock. Kolabrasi SBTG x G-Shock adalah untuk model DW-5750E sempena dengan 35th G-Shock Anniversary.
SBTG
Pengasa SBTG, Mark Ong memilih warna hijau dengan paparan muka depan jam camo hijau leopard yang juga merupakan identiti SBTG.
Warna hijau matte pada bahagian buckle dan band, camo hijau leopard pada paparan muka jam dan bull bar berwarna hitam. Pada bahagian belakang jam terdapat ukiran logo SBTG dan slogan 'Destroy to Create'.
Aubameyang Sertai Arsenal
Pemergian Alexis Sanchez sememangnya adalah sesuatu yang sudah diduga sejak dari awal musim lagi. Malah dari musim lepas sudah ada rumor tentang Sanchez dan Mesut Ozil yang mungkin akan meninggalkan Arsenal.
Sememangnya agak kecewa apabila Arsenal kerap kehilangan ramai pemain bertaraf bintang seperti Robin Van Persie, Fabregas dan terkini Alexis Sanchez.
Henrikh Mkhitaryan
Alexis Sanchez telah menyertai Manchester United secara pertukaran dengan Henrikh Mkhitaryan. Mkhitaryan telah membuat kemunculan kali pertama pada perlawanan semalam menentang Swansea dengan manyaksikan Arsenal tewas 1-3 ditangan Swansea.
Labels:
arsenal,
arsenal kalah lagi,
aubameyang,
Bola sepak,
epl
Tuesday, 23 January 2018
Kasut ke Playstation ni?
Paul George adalah pemain Basket Ball Professional untuk pasukan Oklahoma Thunder City. Peminat NBA pasti mengenali beliau yang pernah dianugerahkan 4 kali NBA All Star, 3 kali All-NBA Third Team dan NBA All-Defensive Team.

Paul yang merupakan seorang gamers tegar Playstation 4. Semuanya bermula apabila ayahnya menghadiahkan Playstation 2 semasa krismas. Perkenalan itu membuatkan Paul menjadi seorang gamers tegar.
Untuk kolabrasi kasut keluaran Nike ini, Paul bekerjasama dengan designer dari Nike dan Playstation untuk menghasilkan PG-2 Playstation Colourway. Mengambil inspirasi dari controller DualShock 4 PlayStation, kalau dilihat pada kasut ini ada simbol X, O, Button power dan lain-lain.
PG-2 PLAYSTATION COLOURWAY
Lawa kan kasut ni?
Kasut ni akan berada di pasaran pada 10 Februari 2018. Buat pengumpul dan peminat game consol, kasut ni memang khas untuk kalian.
Sumber ddd
Thursday, 18 January 2018
Kasut Terbaru Dari Adidas
Dragon Ball z semamangnya salah satu komik besar yang banyak mempengaruhi diri aku, dan ramai lagi orang dalam dunia. Siapa tak kenal dengan watak-watak seperti Goku, Gohan, Vegeta dan Majin Buu?

Adidas yang banyak mengeluarkan koleksi kolabrasi bersama beberapa nama besar kali ini mengumumkan kolabrasi Adidas x Dragon Ball z.
7 rekabentuk kasut telah diumumkan mengikut tema watak dalam anime Dragon Ball z.
Jom lihat senarai penuh koleksi Adidas x Dragon Ball z:
7 karekter yang terlibat adalah Goku, Frieza, Shenlong, Buu, Vegeta, Gohan dan Cell.

Memo Pad Yang Kreatif
Subscribe to:
Comments (Atom)






































